,
Laman Utama

Jadi Individu Kongsi Perkembangan Nad Zainal Di ICU, Status Ungku Ismail Jadi Tanda Tanya Netizen - “Tak Dinafikan Kami Sedang Mengenali Hati”

Asyikin Mayudin
23/11/2022
22:55 MYT
Hubungan antara Nad Zainal dengan Ungku Ismail mula menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen apabila aktor itu menjadi individu yang berkongsi perkembangan aktres itu.
Mula rapat semenjak menjalani penggambaran drama Cina Buta dan selepas Nad bercerai, Ungku Ismail mendedahkan dia dan aktres berusia 32 tahun itu sedang mengenali hati budi masing-masing.
“Selepas selesai penggambaran Cina Buta, selepas cerai (Nad), kami banyak berbincang soal kerja dan content untuk YouTube. Banyak perancangan yang kami buat terutama dalam soal kerja.
“Dalam pada sama, tak dinafikan kami sedang mengenal hati budi masing-masing. Boleh katakan setiap hari kami contact dan kebanyakkannya memang fasal kerja,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Ungku Ismail kerap berkongsi perkembangan keadaan Nad Zainal yang berada di ICU sejak Isnin akibat paru-paru berdarah.
Tidak hirau dengan spekulasi netizen mengenai hubungan mereka, Ungku mengakui dia berasa terkesan dan kehilangan apabila Nad tiba-tiba jatuh sakit.
“Kami memang rapat dan kerap buat content travelog (bercuti). Setiap hari mesej… jadi bila tiba-tiba dia tak mesej, rasa hilang. Saya terkesan sebab terasa hilang partner.
“Tak kisah la netizen nak buat spekulasi bercinta ke apa… lantak korang la. Kita tak boleh nak tutup mulut netizen sekarang. Kita hanya mampu tutup telinga atau mata saja,” ujarnya.
Sementara itu, Ungku memberitahu dia yang mahu mendengar sendiri perkembangan terkini Nad daripada doktor yang merawat.
“Sudah tentu saya rapat dengan ibu bapa Nad… tak elok la dah kerja sama, tiba-tiba dah sakit tinggalkan macam tu saja. Lagipun saya nak tahu sendiri keadaan dia daripada doktor, bukan daripada orang lain,” katanya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Selagi Bukan Zina…” - Netizen Nasihat Cik Epal Untuk Perbaiki Hubungan Bersama Jofliam

gempak
06/10/2024
03:55 MYT
Pempengaruh terkenal, Cik Epal, telah memuat naik satu hantaran gambar di Instagram miliknya dengan kapsyen berbaur luahan hati.
Hiburan

“Untuk Usia Macam Saya Ni..." - Tyzo Tak Pernah Nak Permainkan Hati Lydia Rosli, Tahu Perasaan Tersakiti Masa Bercinta

gempak
24/09/2024
01:10 MYT
Penyampai radio, Tyzo menyatakan dirinya tidak pernah berniat untuk mempermainkan hati usahawan popular, Lydia Rosli.
Hiburan

Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

gempak
14/09/2024
04:26 MYT
Pelakon Fattah Amin menegaskan bahawa tiada wanita lain dalam hidupnya yang menyebabkan kepada keruntuhan rumah tangganya bersama aktres, Fazura.
Hiburan

Sabronzo Respons Spekulasi Hubungan Dengan Ahli Politik - “Apa Yang Boleh Saya Katakan...”

gempak
08/09/2024
04:55 MYT
Anggota kumpulan popular Dolla, Sabronzo tampil menjelaskan spekulasi mendakwa punyai hubungan dengan ahli politik.
Hiburan

“Saya & Mimi Mahu Fokus Karier Masing-Masing Dahulu Sebelum Melangkah Ke Arah Seterusnya” - Syafiq Kyle

gempak
15/08/2024
08:25 MYT
Pelakon Syafiq Kyle berkongsi perkembangan terkini mengenai hubungannya  bersama aktres Mimi Lana.
Unitar