Dari dunia lakonan ke peragaan dan kini menjadi wartawan penyiaran pula!
Pelakon Tania Hudson yang kini terjun ke bidang penyiaran hakikatnya cuma melengkapkan diri dengan cara menonton teknik dan siri temu bual di platform media sosial Youtube.
Kata Tania atau nama sebenarnya Tania Nadira Hudson, dia juga terbuka untuk menerima kritikan sekiranya kualiti penyampaiannya kurang membuahkan hasil.
"Saya ada membuat ulangkaji untuk menjadi seorang wartawan penyiaran terutama wartawan jenayah. Ya, memang bukan mudah.
"Namun, banyak input yang bermanfaat dan berguna saya terima daripada Youtube.
"Sekiranya penyampaian saya tidak bagus saya terima kritikan atau komen dan akan memperbaiki dari semasa ke semasa," katanya yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Abang Long Fadil 2 di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bagi yang terlepas pandang, Tania sebenarnya akan melakonkan watak seorang wartawan penyiaran jenayah untuk filem sekuel kedua itu.
Malah, lebih menariknya Tania yang mendukung peranan Yana itu merupakan satu-satunya pelakon wanita dalam filem Abang Long Fadil 2 yang akan ditayangkan pada 24 Ogos nanti.
Berkongsi rasa gemuruh menantikan reaksi penonton untuk lakonan sulungnya dalam filem, adik kepada pelakon dan model Natasha Hudson itu juga berharap penonton akan menilai kualiti lakonannya dari sudut positif.
"Ini filem pertama saya dan diberikan karakter penting di samping teraju utama.
"Sudah dua tahun saya tidak berlakon dan apabila ditawarkan watak ini saya memang teruja," katanya.
Filem Abang Long Fadil 2 dibintangi oleh Zizan Razak, Achey, Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, Wak Doyok dan Shuib.
Teks oleh: Amri Hassan
Rozaimi Zubaidi
Tue Aug 22 2017


Penggambaran 35mm Pernah Dihentikan Sebanyak Dua Kali Sebab…
Cabaran membawa hasil yang baik

"Lepas Ada Anak, Saya Fikir Pendidikan Agama Islam Untuk Masa Depan" - PU Riz Perkenal Islah Junior
Ada apa dengan Islah Junior?

"Kisah Wayang S**l..." - Nam Ron Dedah Situasi Sebenar Industri Filem Yang Ramai Tak Tahu
Nam Ron dedah realiti anak wayang.
![[VIDEO] Prank Permainkan Tudung, Youtuber Ini Ditempelak Netizen - “Memang Lahir Terus Benak Ke Apa?” [VIDEO] Prank Permainkan Tudung, Youtuber Ini Ditempelak Netizen - “Memang Lahir Terus Benak Ke Apa?”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/tudungfe.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Prank Permainkan Tudung, Youtuber Ini Ditempelak Netizen - “Memang Lahir Terus Benak Ke Apa?”
Tak baik betul

Abang Viva Berada Di Kampung Iboi, Baling: “Tak Tahu Nak Mula Bantu Dari Mana”
Terus menggotakan janjinya dengan tagline ‘Di mana ada banjir di situ ada saya’
![[VIDEO] Casablanca Viral Di TikTok, Nuha Bahrin Belajar Sebutan Bahasa Arab Dengan Kawan Dari Syria [VIDEO] Casablanca Viral Di TikTok, Nuha Bahrin Belajar Sebutan Bahasa Arab Dengan Kawan Dari Syria](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/nuha-header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Casablanca Viral Di TikTok, Nuha Bahrin Belajar Sebutan Bahasa Arab Dengan Kawan Dari Syria
Menarik lagu ni ada lirik bahasa Arab!

Video Tular Syamsul Yusof Dan Kazar Di Kedai Emas, Peguam Sarah Mahu Teliti Terlebih Dahulu
Peguam mahu teliti terlebih dahulu.
.jpg?ext=.jpg)
Jayakan Lebai Sampan, Que Haidar Gementar Jumpa Beto Kusyairy: “Sempat Makan Nasi Lemak 3 Suap Saja”
Que Haidar muncul dengan telefilem Lebai Sampan.

"Nama Dia Disebut Kerana..."- Ini Jawapan Syamsul Yusof Tentang Ira Kazar, Akui Masih Sayangkan Puteri Sarah
Nilai sendiri jawapan Syamsul tentang Ira Kazar....
.jpg?ext=.jpg)
“Berat Badan Saya Berbeza Dalam Satu Babak”- Sherry Alhadad Dedah Turun 16kg Masa Shooting The Maid 2
Wah Sherry beza 16kg dalam The Maid 2