“Jadilah Manusia Guna Akal” - Dayana Roza Tempelak Tindakan Rekod & Fitnah Pemandu Lori Mabuk, Kalau Suka Sangat Viral...
Pelakon Dayana Roza menempelak tindakan seorang pengguna media sosial yang merakam insiden seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan dengan beberapa buah kereta baru-baru ini.
Menurut Dayana, dia sangat marah dengan perlakuan tersebut, namun pada masa sama merayu supaya budaya merakam kerana mahukan sesuatu yang viral ini dihentikan.
“Amalkan budaya tolong menolong. Kalau suka sangat viral baik apply jadi wartawan.
“Semoga jadi pengajaran untuk kita supaya jadi manusia bertanggungjawab,” katanya.
Jelasnya, dia yang sebelum ini memuat naik rakaman tersebut telah pun memadam posting berkenaan di Instagramnya.
“Saya padam video sebab tak sanggup tengok keadaan arwah dan demi menghormati arwah.
“Cukuplah i dah luah perasaan, Jadi marah sangat dengan tukang rakam, semoga budaya rekod dulu baru tolong dekat Malaysia ni dah tak ada.
“Jadilah manusia yang guna akal, dah 2022 janganlah negatif sangat, suka menuduh dan fitnah.
Terdahulu, tular sebuah video mendakwa lelaki mabuk menjadi punca lori dipandunya terbabit kemalangan dengan tiga kenderaan lain.
Walau bagaimanapun Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar menegaskan dakwaan tersebut tidak benar, sebaliknya lelaki itu mengalami serangan jantung dan disahkan maut ketika menerima rawatan di hospital.
Jelasnya, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku berdekatan sebuah kilang di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh, semalam.
Dalam pada itu, sepasang suami isteri yang dikecam teruk selepas didakwa merakam kejadian itu tampil memohon maaf.