gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
‘Influencer’ Keyna Azami Menangis Kongsi Detik Cemas Dalam Pesawat Hampir Tergelincir Di Indonesia - “Saya Fikir Akan Mati…”
HIBURAN
Kongsi Video Sertai Hyrox, Netizen Tegur Pemakaian Dr Say & Isteri - “Sangat Sedih Dua-Dua Aurat Kelaut…”
VIRAL
“Dalam Hati Mesti Cakap…” - Peminat Tergamam Jumpa Zizan Razak, Siap Dapat Belanja Makanan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ANTARABANGSA

Jahat Betul! Pakej M Performance Untuk M3 Dan M4

Erywan
Erywan
23/10/2020
02:38 MYT
Sponsor Banner
Jahat Betul! Pakej M Performance Untuk M3 Dan M4
BMW sudah melancarkan model generasi baharu M3 dan M4 yang mengundang pelbagai reaksi berbeza berhubung konsep reka bentuk baharu gril bersaiz besar.
Sungguhpun isu gril hangat diperkatakan, kedua-dua model ini tetap akan memasuki bilik pameran pada Mac depan. Khabarnya, sudah ada set pakej naik taraf penuh menanti model ini daripada M Performance.
Secara jujur, pakej ini tidak membabitkan kenaikan kuasa enjin atau tork. Hanya kosmetik semata-mata. Kenapa? Sebabnya M3 dan M4 dikatakan cukup bertenaga.
Enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar pada kedua-dua model boleh menjana 473hp untuk versi standard dan 503hp bagi varian Competition.
Walaupun tiada dos anjakan tenaga, aksesori ini ada cara lain untuk meningkatkan prestasi. Antaranya, mufler titanium dengan injap pembukaan aktif. Ia mengurangkan berat kasar hampir 5 kilogram dan nampak agresif dengan konsep susunan secara bertingkat. Ada empat muncung.
Selain itu, sistem suspensi baharu M Performance membolehkan kereta direndahkan antara 5 hingga 20 milimeter, menurunkan ketinggian pusat graviti, mengurangkan olengan dan membolehkan anda mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.
Ada pad brek baharu dalam pakej ini untuk membantu kereta berhenti pada jarak lebih pendek berbanding pad standard. Malah pad baharu memiliki rintangan ketahanan haba tinggi yang lebih baik.
Kit badan pula membabitkan pakej lengkap yang diperbuat daripada gentian karbon plastik diperkukuh (CFRP) membabitkan lip spoiler depan, sirip sisi bampar, skirt sisi, peresap belakang dan spoiler bumbung. Rim M Performance ada beberapa pilihan dengan saiz bermula dari 19 inci hingga 21 inci.
Untuk ruang kabin, M Performance menyediakan komponen yang dibalut material Alcantara atau gentian karbon. Tambahan paling terkini ialah stereng roda M Performance.
Stereng itu ada balutan Alcantara dan material kulit dengan trim gentian karbon. Panddle syif juga diperbuat daripada gentian karbon, boleh dibeli secara berasingan. Bagaimanapun harga pakej ini belum diumumkan dan khabarnya akan dibuat apabila kedua-dua kereta memasuki pasaran.
Topic Berkaitan
#BMW
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement