Berita
"Jahatnya Awak Belakon Macam Tu, Kalau Awak Nak Serbu Pun Datang Jer..." - Luahan Hati Zarina
Pelakon Zarina Zainuddin yang didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, atas enam pertuduhan memiliki dan menjual alat kosmetik tidak bernotifikasi, Januari lalu bercerita tentang hari kejadian di Instagramnya.
Menurut Zarina, dia menerima panggilan dari seseorang yang mahu membeli produk kecantikannya. Dia kemudiannya memberitahu yang dia perlu melihat kulit pembelinya dulu sebelum membuat sebarang cadangan produk sesuai digunakan.
"Bila berjumpa, saya tengok kulitnya elok jer takda pun jeragat ke atau kulit kusam. Saya suggest kan whitening cleansing gel, whitening toner dan moisturiser.
"Tapi dia cakap saya nak cerah kak, saya taknak yang ni yang set percubaan ada tak sebab saya ada rm75 jer. Saya cakap adik produk ni untuk kulit yang kusam yang ada jeragat kulit adik tak perlu pakai ni.
Tambah Zarina, pelanggan tersebut terus menerus mendesak mahukan produk 3 dalam 1 kerana mendakwa kawan yang memakainya mendapat kulit yang cantik.
"Selepas 3 minit satu team datang. Kami dari kementerian kesihatan baru sebentar tadi puan ada menjual satu set produk tanpa notifikasi (pendaftaran). Jadi kami nak buat checking sekarang.
"Tercengang saya. Ya Allah awak ni aniaya saya betul awak yang nak beria nak beli lepas tu awak kenakan saya. saya mati-mati ingat awak ni orang baik-baik.
"Jahatnya awak belakun macam tu kalau awak nak serbu pun datang jer tak payahlah berlakun macam tu sebab awak nak kenakan 6 pertuduhan awak buat macam ni," tulis Zarina lagi.
Tambah Zarina lagi, dia tidak begitu melibatkan diri dengan perniagaan barangan kosmetik tersebut dan hanya menjualnya kepada pelanggan-pelanggan sedia ada.
"Produk saya ni sedang dalam proses pendaftaran sebab tu suplier yang daftarkan bukannya saya guna produk timbang kilo yea baik sikit cakap tu saya baca komen sesuka hati jer orang hentam tak tahu apa-apa. Main cakap jer," tulis Zarina.
Zarina didakwa pagi ini atas enam pertuduhan kebanyakannya membabitkan kosmetik tidak berdaftar tanpa notifikasi.
Must-Watch Video