Hiburan

Jalani Penggambaran MV Di Ipoh, Khatulistiwa Versi Ito & Pitahati Memang Layan Habis

gempak
Maliah Surip
22/09/2021
11:15 MYT
Sponsor Banner
Jalani Penggambaran MV Di Ipoh, Khatulistiwa Versi Ito & Pitahati Memang Layan Habis
Bagi generasi yang hidup dalam tahun 80an, Khatulistiwa milik kumpulan Blues Gang menjadi sebuah lagu yang cukup popular dan menjadi siualan.
Gaya penyampaian dari vokalisnya, Ito dengan lirik 'majmuk' seperti 'Hei orang kita Khatulistiwa, Di mana juga Nusantara, Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh, Itulah dia amalan hidup kita dan menyebut nama nama negeri di Malaysia sangat sinonim dengan lagu ini.
Tidak mahu karya sedemikian tenggelam dan dilupakan, kumpulan Pitahati mengambil inisiatif menghasilkan Khatulistiwa dalam versi baharu. Paling mahal adalah mereka berkolaborasi dengan penyanyi asalnya, Ito.
Pitahati juga turut memperbaharui bait dalam pembikinan semula lagu Khatulistiwa ini yang antaranya berbunyi: "Melayu, Cina, India, Serani, Kadazan, Iban… Bersatu HatI!”
Ilham yang merupakan penulis lirik utama di dalam Pitahati bersama-sama mencapai persetujuan Pak Ito dalam beberapa gubahan pada lirik dan lagu. Paling penting, mereka masih memelihara 'rasa' yang sama pada lagu yang dibikin sekitar tahun 1983 ini.
“Waktu kita cover sebelum ni pun kita tak nak hilangkan keaslian rasa tu, dan itulah yang paling penting, lagu cover ni kalau banyak perubahan ia akan membuatkan lagu itu akan hilang rasanya yang tersendiri”, Ilham.
Ito pula berkata: Pitahati dan saya bersetuju untuk mengubah part Melayu, Cina, India, Serani, Kadazan, Iban, bersatu hati… ia lebih sempurna."
Mereka kemudian memilih tarikh istimewa iaitu 16 September yang merupakan Hari Malaysia untuk melancarkan lagu ini di semua platform.
“Mula-mula sekali kita cover lagu ni bersempena dengan hari Merdeka," kata Hidayat sebelum Ilham menyambung: "Ini adalah satu kesempatan buat Pitahati untuk memberi penghormatana pada Blues Gang."
Mereka juga menjelaskan sewaktu membuat pemilihan playlist lagu-lagu dari kugiran-kugiran tempatan yang menjadi inspirasi karya-karya Pitahati, mereka mencari karya dengan aroma ala-ala “county road” tapi versi Malaysia.
Selain itu nafas lagu Khatulistiwa ini seperti ada sentuhan magis apabila pada tahun ini sekali lagi diberi peluang untuk dijadikan sebuah lagu tema reunion pelajar-pelajar Sekolah Tengku Abdul Rahman (STAROBW), Ipoh.
"Dan lagu Khatulistiwa ni adalah yang paling tepat”, kata Ilyas Jamil dari STAROBW pula.
“Kami memilih lagu Khatulistiwa ni untuk alumni STAROBA 2021 sebagai tema Road Tour OBW yang akan menggegarkan dan berjalan 14 negeri Malaysia, tetapi disebabkan kekangan Covid-19 ini ianya akan ditangguhkan buat sementara waktu", tambah Nazmir STAROBW.
Sebagai bonus, mereka juga menghasilkan sebuah muzik video yang berkonsepkan santai berinspirasikan tema sebuah kehidupan masyarakat yang berbilang bangsa dan kaum.
Pitahati, Ito Blues Gang dan team penggambaran Motion Scientist memilih negeri Ipoh sebagai lokasi utama seperti kawasan-kawasan santai rakyat berbilang kaum seperti di Old Town Ipoh, Concubine Lane, Stesen Keretapi, Pasar Loken, Padang Ipoh, Restoran New Hollywood, Super Kinta, Stesen Bas Medan Kid, dan sempat juga singgah ke Sarang Art Hub, Tanjung Malim.
Perjalanan ini amat bermakna apabila memperlihatkan 2 generasi yang berbeza (Pitahati & Ito Blues Gang) bekerjasama dengan penuh komitmen. Selain bekerja, Ito juga tidak kering mencurahkan nasihat dan pengalaman kepada semua.
“Saya suka melihat lagu-lagu lama diangkat dan diberi nafas baru, dan aku suka tengok anak-anak muda guna cara ini untuk study dan mendekati orang lama, barulah industri akan lebih bervariasi”, ujar Keon Omar, Pengurus Produksi Luncai Emas Sdn Bhd.
Terakhirnya, Ito menyampaikan rasa suka cita terhadap inisiatif generasi baharu mengembalikan dan memastikan karya karya lama terus hidup dalam masa kini.
“Saya amat berbesar hati dan berharap lagu versi baru ini boleh memberi semangat buat kali kedua kepada seluruh rakyat Malaysia", kata Ito Blues Gang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live