Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke hospital malam tadi akibat sesak nafas, kini dilaporkan stabil.

Perkara itu disahkan oleh anak beliau, Muhammad Khalil menerusi status di Facebook sebentar tadi.

Menurut Khalil, Abdul Hadi yang kini stabil itu memerlukan rehat dan kejadiann itu berlaku mungkin disebabkan kepenatan jadual kerja yang sibuk.

"Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat.

"Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat.

"Mohon doa dari semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah," tulisnya.

Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan...

Posted by Muhammad Khalil Abdul Hadi on Monday, February 15, 2021

Terdahulu, presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkongsi di Facebook mengatakan Abdul Hadi dimasukkan ke hospital Putrajaya malam tadi selepas mengalami sesak nafas.

Abdul Hadi kemudiannya dipindahkan ke Institut Jantung Negara untuk rawatan selanjutnya.

Kredit Foto : MYKMU.NET