Gaya Hidup

Jalin Kolaborasi Bersama Barbie, Vivy Yusof Menangis Ketika Majlis Pelancaran

Azwa Rahman
06/12/2019
11:32 MYT
Usahawan popular Datin Vivy Yusof tidak dapat menahan sebak apabila mengalirkan air mata sewaktu pelancaran koleksi terbarunya.
Menurut Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 32, dia tidak menyangka dirinya menjadi sebegitu emosi sewaktu melihat dUCK mampu berkolaborasi dengan salah satu jenama terkemuka dunia, Barbie.
“Ini merupakan antara kejayaan terbesar bagi dUCK sebab Barbie itu sendiri sangat besar dan kukuh. Kita membesar dengan patung-patung Barbie jadi saya sangat bangga bukan sahaja pada dUCK malah pada semua wanita berhijab di luar sana.
“Melihat Barbie mengiktiraf wanita beragama Islam yang bertudung, itu sudah menjadi satu faktor eksklusiviti yang buatkan saya cukup menghargai dan bangga,” kata Vivy kepada Gempak.
Vivy ditemui ketika majlis pelancaran koleksi dUCK x Barbie yang berlangsung di butik dUCK, One Utama, Petaling Jaya, sebentar tadi.
Tambah Vivy lagi, perancangan untuk kalaborasi ini selalunya sudah lama dan berlaku kerana pasukannya sentiasa memikirkan strategi setahun lebih awal.
“Dari segi rekaan, majlis pelancaran, semuanya kami dah bincang lebih awal.
“Jika tahun ini kami telah berkolaborasi dengan pelbagai nama besar seperti Frozen, X-Men dan sebagainya, tahun 2020 bakal menyaksikan ada beberapa kerjasama besar, rekaan yang lebih menarik untuk semua pelanggan setia kami,” ujar Vivy lagi.
“Insya-Allah tahun depan kami akan membuka lebih banyak butik. Penjualan atas talian juga sama kuat sama seperti di butik.
Koleksi dUCK x Barbie yang terdiri daripada tudung selendang dan empat segi, beg tangan, kosmetik serta twilly.
Koleksi tudung yang diberi nama Groundbreaker, Trendsetter, Creator, Explorer, Dreamer dan Believer boleh didapati bermula hari ini pada harga RM300.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fesyen Pelik-Pelik Digayakan Selebriti, Yuna Minta Lebih Terbuka – “Kita Just Have Fun Saja, Tak Payah Nak Serius Sangat”

gempak
24/07/2024
06:25 MYT
Bercakap kepada Gempak, Yuna atau nama sebenarya Yunalis Mat Zara’ai, 38, berkata, masyarakat kini lebih terbuka dalam menilai fesyen seseorang terutamanya selebriti.
Gaya Hidup

#AgongKita: 30 Kru, 21 Sulaman Motif Bunga Raya & Awan Larat, Ini Fakta Menarik Persalinan Raja Permaisuri Rekaan Datuk Radzuan Radziwill

gempak
20/07/2024
06:30 MYT
Motif bunga raya disulam menggunakan manik kristal berwarna keemasan menyerikan Kurung Johor yang dikenakan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Gaya Hidup

Adidas Gugurkan Bella Hadid Daripada Kempen Kasut Retro Munich 1972

gempak
19/07/2024
16:55 MYT
Adidas pada Jumaat menggugurkan model pro-Palestin, Bella Hadid, daripada kempen pengiklanan untuk kasut retro Olimpik Munich 1972, yang dibayangi oleh pembunuhan beramai-ramai atlet Israel.
Hiburan

Shima Sudah Tiga Tahun Tidak Bertudung, Ikut Nasihat Doktor - "Saya Bukan Saja-Saja"

gempak
16/07/2024
07:14 MYT
Penyanyi yang popular menerusi lagi Teringin, Shima mendedahkan dirinya sudah tiga tahun tidak berhijab.
Gaya Hidup

"Rasa Sakit Hati, Orang Tak Hormat Kedudukan Tanjak Atas Kepala" - Farel Mikhail.

gempak
11/07/2024
13:45 MYT
Pereka fesyen Farel Mikhail menyelar tindakan segelintir individu yang mempermainkan dan melacurkan budaya, tradisi dan warisan kebangsaan dengan cara yang tidak sepatutnya.