Kamaruddin Razal
Tue Jul 16 2019

Di sebuah ladang di Enggor, Kuala Kangsar, Perak terdapat seekor kambing yang dilabel sebagai kambing 'handsome' dek kerana remos atau jambulnya yang berbelah tengah serta janggut panjang berwarna putih kekuningan.
Kambing berbulu putih bersih itu merupakan satu daripada 17 ekor baka Saanen yang ada di ladang Muhammad Livestock Farm yang kini tular sehingga ke negara jiran.
Seorang daripada pengendali ladang itu, Ahmad M. Fadzir, 21, graduan diploma perakaunan dari Universiti Sultan Azlan Shah di sini berkata sesuai dengan rupanya, kambing berumur 11 bulan itu diberi nama Remos.
Ketika diambil daripada pembekal di Terengganu pada Mac lalu, tiada sebarang keunikan atau keistimewaan yang dikesan.
"Hanya bulan lepas saya ambil gambar kambing ini menggunakan kamera (sebelum ini guna telefon), barulah saya perasan yang ia lain daripada yang lain. Kemudian saya muat naik dalam Facebook," katanya ketika ditemui Bernama di ladangnya di Kuala Kangsar, Perak.
Ahmad berkata, satu lagi yang menarik perhatian pada haiwan itu ialah sifat pemalunya lebih-lebih lagi bila ia berdepan dengan orang yang baru ketemu.
"Kadang-kadang kalau saya sendiri hendak pegang pun, ia lari dan menjauhkan diri," katanya.
Ternyata, Remos bukan sahaja kambing yang 'handsome', tetapi pemalu kerana usaha Bernama untuk merakam gambarnya tidak semudah dijangka.
Perkongsian beberapa keping gambar Remos oleh Ahmad di Facebook Muhammad Livestock Farm baru-baru ini mendapat perhatian ramai netizen sehingga menjadi tular.
Ahmad yang menguruskan ladang itu bersama kembarnya Muhammad, berkata pihaknya tidak bercadang menjual Remos walaupun banyak pihak menawarkan harga menarik.
"Saya tidak fikir hendak jual kerana mahu jadikan ia bapa (baka jantan). Selain itu kambing ini juga telah menjadi ikon kepada ladang kami," katanya.
Ahmad dan kembarnya mengambil alih ladang itu daripada ayah mereka sekitar tahun 2016.
Sumber: BERNAMA

“Saya Juga Manusia Biasa…”- Jovian Mandagie Terkilan Didakwa Guna Kabel Bapa Mentua
Jovian Mandagie jawab isu guna pengaruh Perdana Menteri

PRU15 Pada Oktober Hanya Spekulasi - Ahmad Maslan
Agaknya bilalah PRU15.

“Detik Paling Membanggakan Dalam Hidup Saya” - Sonny Bill Williams Syukur Isteri Mula Pakai Tudung
Alhamdulillah, sebuah keluarga yang sangat cantik.
![[VIDEO] Jep Buka Akaun TikTok, Video Dah Kena Komen Dengan MamatGotNoChill - “Benda Pun Dah Post..” [VIDEO] Jep Buka Akaun TikTok, Video Dah Kena Komen Dengan MamatGotNoChill - “Benda Pun Dah Post..”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/3gadismanis_images/jep-buka-tiktok.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Jep Buka Akaun TikTok, Video Dah Kena Komen Dengan MamatGotNoChill - “Benda Pun Dah Post..”
Tak pernah tak lawak.

Kehilangan Kasri | The Maid 2 Video Pengakuan - Episod 7
Kehilangan Inspektor Kasri masih jadi tanda tanya. Suhana dan kawan-kawan semakin syak Kiambang pembunuh sebenar. Saksikan drama bersiri THE MAID 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas setiap Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. Dapatkan #PekPrimary hanya RM59.99! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 #DramaTheMaid2 #CintaDirampasDendamDibalas #TheMaidVideoPengakuan #GempakOriginalSeries #AstroRia

“Pengorbanan Saya Tak Sia-Sia” - Dinda Dania Dinobatkan Juara Ceria Popstar Xtra!
All the best Dinda!

Trauma dan Rahsia | The Maid 2 - Episod 7
Kehilangan Inspektor Kasri masih jadi misteri. Nadia jadi trauma selepas kematian Saabon. Remy lihat rakaman CCTV di luar bilik dan susuk tubuh pembunuh Saabon itu seperti Kiambang! Saksikan drama bersiri THE MAID 2, Cinta Dirampas, Dendam Dibalas setiap Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria. Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. Dapatkan #PekPrimary hanya RM59.99! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838 #DramaTheMaid2 #CintaDirampasDendamDibalas #GempakOriginalSeries #AstroRia

Duta Mahu Jadi Penyanyi Solo, Bagaimana Dengan Sheila On 7?
Sebuah khabar mengejutkan datang lagi dari kumpulan popular Sheila On 7.

Perhatian Peminat! Kafe Stranger Things Ada Di Jepun
Kegilaan peminat terhadap drama dengan genre sains fiksyen yang cukup hit dari Netflix telah mendorong pengusaha di Jepun menubuhkan kafe Stranger Things.

Kerjasama Unggul Antara Rocketfuel Entertainment & Werkit Records Perkenal BBNU Popular Tanah Air Menerusi Showcase Mimpi
Showcase artis BBNU