Skip to main content

Viral

Jangan Ambil Mudah! Ini Antara Komplikasi Serius Jangkitan COVID-19 Pada Kanak-Kanak

komplikasi-serius-covid-19-kanak-kanak.jpg

Peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak pada ketika ini sangat membimbangkan.

Disebabkan itu juga, laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi beberapa info yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa mengenai komplikasi serius akibat COVID-19.

Advertisement

Salah satunya adalah Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C).

MIS-C merupakan komplikasi  serius yang boleh berlaku akibat jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak di mana terjadinya keradangan pelbagai organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru, dan otak.

Walaupun ia jarang berlaku, namun MIS-C ini boleh membawa bahaya dan maut.

Berikut merupakan simptom MIS-C yang dikaitkan dengan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak beberapa minggu selepas dijangkiti.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak-anak yang berumur 5 hingga 11 tahun dengan segera. 

Vaksin Pfizer untuk kanak-kanak menggunakan formulasi yang selamat dan dos yang bersesuaian untuk kanak-kanak di lingkungan umur ini.

Must-Watch Video

Advertisement