GAYA HIDUP
Jangan Buat Tau... Ini 4 Kesilapan Yang Ramai Orang Buat Bila Beli Kereta!
Mesti ada antara anda di luar sana yang sedang berkira-kira nak membeli kereta baru.
Banyak jenis kenderaan dari pelbagai jenama pastinya membuatkan anda rambang mata... Nak beli kereta yang mana satu?
Tapi, tahukah anda, ada beberapa kesilapan yang sering dilakukan bila mahu membeli kenderaan?
Jom kita semak agar anda tidak mengulangi kesilapan yang sama:
1. Tempoh pinjaman dipadankan dengan kenderaan
Ramai yang membuat kesilapan dengan mencuba untuk memadankan tempoh pinjaman dengan kenderaan yang mahu dibeli.
Situasi yang terjadi ialah ramai yang cuba memanjangkan tempoh pinjaman supaya mampu membeli kereta yang lebih mahal.
Perkara ini perlu anda jauhi... Elak dari mengambil pinjaman dengan tempoh yang panjang kerana pembayaran awal yang dibuat tidak akan mengurangkan kos faedah yang anda bayar!
2. Tak ambil peduli kos keseluruhan
Ramai orang yang masih memandang remeh kepada kos keseluruhan ketika memiliki kereta, mereka hanya mahu ambil tahu mengenai harga pembayaran bulanan kereta sahaja, silap tu!
Pastikan anda mengambil kira semua kos yang berkaitan dengan pembelian dan penggunaan kereta.
Ia termasuklah petrol, tol, insurans, cukai jalan, parkir dan kos penyelenggaraan.
3. Main redah je bila buat pinjaman
Tak membuat kajian dan perbandingan sebelum mengambil pinjaman adalah kesalahan yang sering dilakukan.
Ada sesetengah golongan yang ghairah nak pakai kereta baru, asalkan loan lulus, terus on je!
Seperti juga pengambilan jenis pinjaman yang lain, pastikan anda mengumpul semua maklumat daripada beberapa buah bank dan institusi kewangan supaya anda boleh membuat perbandingkan kadar faedah dan tempoh pinjaman yang mereka tawarkan.
Ingat, lagi rendah kadar faedah, lagi bagus! Jangan lupa, kalau kadar rata digunakan untuk pinjaman anda, feadah efektif adalah hampir dua kali ganda kadar tersebut tau!
Dalam pada itu, buat sedikit kajian mengenai cara bank melakukan pengiraan untuk pilihan pembayaran awal anda.
4. Tak fikir panjang
Ramai yang tergoda dengan terma 'promosi', 'rebate', 'diskaun' dan 'hadiah' sehingga membuatkan mereka tidak berfikir panjang sebelum membuat pinjaman untuk membeli kereta.
Jangan macam tu, tak usah terburu-buru tau. Fikir masak-masak dulu, betul ke anda perlukan kereta baru? Mampu ke nak bayar setiap bulan tu?
Jangan kerana tergoda dengan nafsu sampai pengurusan kewangan jadi kelam kabut tau!
Untuk mendapatkan segala nasihat mengenai kewangan, layari laman web Multiply by Creador Foundation di multiply.org.my/my/
Sumber: Multiply by Creador Foundation
---
Artikel 2:
Bila Waktu Yang Tepat Untuk Anda Membeli Rumah Pertama? Check It Out!
Sudah menjadi impian semua orang untuk memiliki kediaman hasil titik peluh dan usaha sendiri.
Tetapi, adakah anda tahu waktu yang tepat dan sesuai untuk membeli sebuah rumah?
Bilakah anda boleh dianggap bersedia untuk memiliki kediaman sendiri?
Jom semak beberapa perkara yang perlu anda ambil peduli sebelum membeli kediaman pertama:
1. Pastikan keadaan kewangan anda betul-betul kukuh dan anda mempunyai wang simpanan yang cukup untuk membuat bayaran deposit.
2. Anda sudah mampu membuat bayaran balik bulanan untuk rumah anda.
3. Emergency! Anda sudah pun mengasingkan wang simpanan tertentu untuk tujuan kecemasan.
Selain itu, berikut merupakan sebab-sebab lain yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli rumah:
1. Anda sudah mempunyai pekerjaan yang tetap dan stabil.
2. Lokasi rumah yang anda bakal beli. Pastikan anda bersedia untuk tinggal di lokasi tersebut untuk tempoh masa yang lama.
3. Persediaan secara mental untuk menggalas komitmen jangka masa panjang apabila memiliki rumah sendiri.
Jika anda boleh memenuhi keperluan dan kehendak semua perkara di atas, maknanya anda sudah bersedia untuk memiliki rumah pertama!
Untuk mendapatkan segala nasihat mengenai kewangan, layari laman web Multiply by Creador Foundation di multiply.org.my/my/
Sumber: Multiply by Creador Foundation
Must-Watch Video