Berita
"Jangan Cemburukan Kehidupan Saya Kerana..." - Nana Sheme Bidas Komen Netizen Sindir Dirinya Gara-Gara Tayang Kereta
Penyanyi Nana Sheme membidas tindakan netizen yang seolah-olah menyindir dirinya yang bangga menayangkan kenderaan yang dimilikinya di media sosial.
Pelantun lagu hit Hantu Atau Buaya itu berkata, tiada apa yang perlu dicemburui dengan apa yang dimiliki memandangkan itu merupakan hasil penat lelahnya selama ini.
"Jangan cemburukan 'senyuman' saya kerana saya telah puas menangis sebelum saya dapat merasainya.
"Jangan cemburukan kehidupan saya kerana saya telah melalui kepahitan untuk membinanya," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, Nana turut berkongsi paparan komen netizen yang menyindir dirinya ketika menyuarakan keterujaan terhadap penyanyi Naim Daniel yang disifatkan sebagai sumber inspirasi apabila berjaya memiliki rumah pada usia muda.
"Dia ni pun tayang kereta, tapi karier suram, lagu single pun tak ada," tulis individu berkenaan.
Perkongsian Nana itu kemudian turut mendapat respons daripada pelantun lagu Sumpah berkenaan.
"Lagi busuk bila 'dia' tak follow kita berdua tapi masih tebal muka untuk sanggup buat akaun palsu dan menyorok tangan selepas melempar batu. Tak apa Nana," balas Naim.
Bagaimanapun, kata Nana dia bersyukur kerana masih mampu mengawal diri daripada melenting dengan sikap sesetengah netizen.
"Alhamdulillah, Allah jaga hati saya. Tidak langsung timbul perasaan melenting atau hendak maki, cuma berair mata sedikit. Saya doakan semua dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi-Nya," tulisnya.
Sebelum ini, Nana pernah memuat naik sekeping foto berkongsi kepada umum dia berjaya memiliki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) import pada usia 24 tahun.
Must-Watch Video