Gaya Hidup

Jangan Gelabah! Ikuti 5 Tips Mudah Menjaga Duit Ketika ‘Lockdown’

Amri Hassan
23/10/2020
02:45 MYT
Baru-baru ini kerajaan telah melaksanakan semula perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di beberapa negeri di Malaysia untuk berdepan gelombang baharu jangkitan COVID-19.
Berikut merupaka tips untuk anda menjaga kesihatan kewangan pada masa sama mengelakkan COVID-19.
1. Simpan wang tunai untuk kecemasan
Walaupun ramai antara kita telah mengurangkan penggunaan wang tunai melalui e-dompet, pembayaran dalam talian atau kad debit/kredit, masih ada kebaikan menyimpan sedikit wang tunai di dalam dompet anda untuk kecemasan.
Jumlahnya bergantung kepada keperluan anda sendiri, tetapi cubalah simpan beberapa denominasi, seperti RM20, RM5 dan RM1.
Waktu ATM dan perkhidmatan perbankan juga akan terhad bergantung pada tahap kawalan pergerakan, jadi menyimpan wang tunai pada setiap masa akan memastikan anda tidak perlu risau untuk pergi ke ATM tepat pada waktunya.
2. Dapatkan e-dompet
Jika anda belum melakukannya, baik anda dapatkannya secepat mungkin sebagai pengganti membawa wang tunai.
Banyak kedai kini menerima pembayaran e-dompet, yang juga dapat membantu anda mendapatkan ganjaran, tawaran dan pulangan tunai.
Lagipun, e-dompet dapat membantu anda mengurangkan sentuhan fizikal untuk mengelakkan COVID-19.
Anda mungkin juga akan mendapati bahawa kedai runcit menerima e-dompet tetapi tidak menerima kad, jadi e-dompet boleh menjadi pilihan yang lebih baik daripada kad pada masa ini.
3. Tengok balik keperluan rumah tangga anda
Oleh kerana lebih baik untuk kita mengehadkan keluar semasa wabak ini, pastikan anda mempunyai cukup barang keperluan rumah dan keperluan lain untuk bertahan selama seminggu, tetapi jangan pula lakukan pembelian panik!
Rancang belanjawan dan senarai belanja dan ikutinya!
Banyak perniagaan tempatan juga telah menawarkan pembelian dalam talian untuk bahan makanan sejak wabak ini bermula, jadi sekarang anda dapat melayari internet untuk membeli keperluan isi rumah dan dapur anda dari pasar raya terbesar hingga ke perniagaan kecil.
4. Pastikan anda mempunyai petrol yang mencukupi di dalam kereta/motosikal anda
Jika anda menggunakan pengangkutan sendiri, pastikan anda mempunyai petrol yang mencukupi kerana perniagaan mungkin harus beroperasi dalam waktu yang terhad.
Hal ini tidak akan menimbulkan banyak masalah pada waktu siang, tetapi sebagai contoh, kalau anda perlu pergi ke klinik pada waktu tengah malam, anda tidak mahu mendapati tangki petrol yang kosong dan tidak dapat diisi semula.
5. Uruskan kewangan anda dengan tenang
COVID-19 menyebabkan ketidaktentuan ekonomi, justeru, pengurusan kewangan telah menjadi lebih penting.
Selain daripada perbelanjaan runcit anda, perhatikan kewangan anda secara menyeluruh supaya anda sentiasa ketahui kedudukan kewangan anda.
Sebaik-baiknya, anda akan mempunyai simpanan kecemasan, dapat menguruskan sebarang hutang dan tidak membelanjakan lebih banyak daripada yang anda perolehi.
Semua faham, keadaan semasa menyebabkan anda bukan sahaja risau tentang kesihatan anda, tetapi mungkin juga menyebabkan tekanan kewangan.
Semoga anda memperoleh tips berguna dalam menjalani kehidupan seharian sepanjang tempoh kawalan pergerakan. Seperti biasa, jaga diri dan kekal selamat!
Sumber: Multiply.org Foto: Nikkei Asia, AFP, Voice of America
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Durian + Kopi, Pesakit Rebah Di Pintu Klinik! Dr. Samhan Kongsi Punca Keracunan Ringan

gempak
15/07/2024
00:01 MYT
Seorang pesakit rebah di pintu sebuah klinik kerana mengalami pening, rasa mual akibat pengambilan kopi selepas menikmati durian.
Gaya Hidup

Kulit Telur Ayam Perlu Dibasuh, Elak Risiko Tercemar Bakteria Salmonella

gempak
12/06/2024
02:30 MYT
Telur separuh masak atau telur mata perlu dimasak dengan betul bagi mengelakkan risiko tercemar dengan bakteria Salmonella.
Hiburan

Azharina Beri Tips Nak Kenal Si Talam Dua Muka! - “Kalau Bagi Satu Benda, Orang Tanya Soalan…”

gempak
29/05/2024
01:54 MYT
Sebagai seorang selebriti, penyanyi dan bintang All Stars GegarVaganza, Azharina Azhar juga tidak terlepas dengan komen negatif sepanjang berkecimpung dalam industri seni.
Berita

Cara Semakan Keputusan SPM 2023 Yang Akan Diumumkan Esok!

gempak
26/05/2024
06:55 MYT
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bakal diumumkan pada Isnin, 27 Mei 2024.
Hiburan

Pelakon, Hos Denny Sumargo Makan Otak Arnab Untuk Perbaiki Kualiti Sperma

gempak
23/03/2024
03:50 MYT
Denny Sumargo kini berbahagia kerana bakal bergelar ayah beberapa bulan lagi.