Gaya Hidup

Jangan Gelabah... Ini 5 Perkara Perlu Buat Kalau Kereta Tenggelam Banjir!

gempak
Amri Hassan
21/07/2020
04:15 MYT
Sponsor Banner
Jangan Gelabah...  Ini 5 Perkara Perlu Buat Kalau Kereta Tenggelam Banjir!
Bagi penduduk di ibukota misalnya Kuala Lumpur, situasi semasa banjir kilat pastinya membimbangkan.
Tanpa kita sedar, selain kerosakan harta benda nyawa kita juga diancam bahaya.
Namun, semestinya hal yang menjadi kerisauan ramai selain kediaman yang terjejas pasti juga kenderaan yang dimasuki air banjir.
Apakah yang perlu dilakukan? Adakah kereta yang kena banjir masih boleh diselamatkan?
Ini 5 langkah untuk menyelamatkan kereta yang sudah ditenggelami banjir.
#1 Jangan Sesekali Cuba Hidupkan Kereta
Tow kereta terus ke bengkel / pusat servis. Bila korang cuba start kereta, lagi tinggi potensi untum berlaku litar pintas.
#2 Check Paras Minyak Enjin & Gearbox
Check dipstick minyak kereta. Kalau tinggi melebih lebih tu, besar kemungkinan air dah masuk dalam enjin lah tu.
Pastikan buat flushing dan ganti minyak baru.
Air bercampur dengan minyak hitam/gearbox boleh rosakkan komponen.
#3 Flush Petrol (Jika Perlu)
Tangki minyak kereta kedudukannya agak rendah. Meskipun kebarangkalian untuk air banjir termasuk dalam tangki tu rendah,
Tapi min suggest check dengan bengkel / pusat servis sama ada perlu untuk flush dan isi minyak baru.
#4 Cabut & Keringkan Komponen Kereta
Komponen elektronik kereta macam Radio, HUD display, infotainment etc perlu dicabut dan dikeringkan.
Senang kata semua yg boleh cabut, kena cabut keringkan.
#5 Keluarkan Air Daripada Enjin
Yang ini bergantung pada kenderaan. Ada yang boleh dipam keluar dengan cabut spark plug sambil enjin running.
Dapatkan nasihat bengkel / pusat servis. Bagaimanapun, anda mungkin tidak dapat menyelamatkan kenderaan yang dimasuki air banjir untuk kembali 100 peratus seperti asal.
Jika anda berada di kawasan perumahan yang berisiko banjir dan berdekatan sungai, anda dinasihati untuk memperbaharui insurans dengan perlindungan bencana alam.
Sumber: Twitter Carput
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live