Berita

"Jangan Jadikan Solat Bahan Jenaka!" - Pendakwah Tegur Trend Viralkan Video Mempersendakan Ibadah

gempak
Amri Hassan
08/05/2020
06:15 MYT
Sponsor Banner
"Jangan Jadikan Solat Bahan Jenaka!" - Pendakwah Tegur Trend Viralkan Video Mempersendakan Ibadah
Merakam dan menyebarkan video ketika solat di media sosial seolah-olah menjadi satu trend ketika ini.
Ada pelbagai gelagat dirakamkan ketika mendirikan solat di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga mencetuskan perasaan kurang senang kebanyakan pihak.
Mengulas mengenai situasi itu, kata pendakwah bebas Nik Nizam Nasir, ia seperti tindakan mempersendakan agama.
"Akhir-akhir ini banyak video diviralkan berkenaan dengan solat dibatalkan tanpa ada apa unsur syarie.
"Yang menjadi permasalahannya kita turut share dan ketawa dengan jenaka tersebut.
"Adakah solat boleh dibuat gurauan, bahan ketawa atau jenaka atau sendaan? Walaupun tujuaan asal kita bukan niat nak persendakan agama tapi bila share dan menjadikan ianya satu bahan jenaka, ia memang menjadi satu kesalahan yang sangat besar," katanya.
Tambah Nik Nizam, secara amnya, ulamak mengatakan tidak boleh memberhentikan solat fardu tanpa uzur syarie.
"Ulamak mengatakan haram hukumnya jika kita sengaja membatalkan solat tanpa ada alasan yang kukuh.
"Dalam hal ini Syeikh Muhammad Shalih al-Munajjid Fakkallahu asrah menjelaskan, diantara uzur syarie yang boleh diambil kira dalam permasaalahan ini ialah:
1. Takut kehilangan nyawa, baik karena sebab ancaman serangan musuh, serangan binatang buas.
2. Takut kehilangan harta.
3. Ada orang yang memmerlukan pertolongan darurat dimana tidak ada orang lain yang dapat menolongnya.
"Oleh itu jika seseorang sedang menunaikan solat fardhu, maka ia tidak boleh membatalkannya kecuali jika terdapat hal darurat seperti menyelamatkan nyawa yang berada di dalam bahaya atau harta benda yang berharga.
"Ini kerana membatalkan ibadah tanpa sebab yang diizinkan oleh syarak adalah satu perbuatan yang sia-sia dan bersalahan dengan kehormatan solat," tambahnya.
Namun, kata Nik Nizam, sekiranya melibatkan solat sunat, ia boleh diberhentikan sekiranya ada perkara penting sahaja.
"Adapun, jika ia melibatkan solat sunat, maka dia boleh menghentikan solatnya, itu pun hanya untuk perkara-perkara yang penting sahaja.
"Apa yang penting ialah netizen tak perlulah mengviralkan hal tersebut, share dan sebagainya supaya kita dapat menjaga kehormatan solat dan tidak mempermain-mainkan ibadah," ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live