Pelakon Amyza Aznan, memberi amaran kepada suaminya yang kini sedang bekerja di luar kawasan supaya tidak melayan mana-mana perempuan.

Menurut Amyza pada zaman kini, ramai lelaki atau perempuan gemar merampas suami atau isteri orang lain.

Pesanan itu turut disertakan dengan nasihat supaya suaminya menjaga diri dan tidak jatuh sakit.

“Suami, jaga diri tau...jaga makan please, saya tak nak jadi balu.

“Degil macam ni, memang kena buat pesanan straight to the point!

“Please jaga makan, jaga solat. Jangan layan perempuan lain. Perempuan sekarang banyak yang murah. Baik lelaki, baik perempuan, hak orang juga dia nak try market.

“Kak Kaaia no cover-cover. Hadam ye pesanan tu.

“Suami I outstation, jadi kut nampak dia kat luar ke. Jangan salah bawang pula. Kut kata pula dia pergi nikah. Maklumlah orang sekarang kan, acah-acah lebih tahu dalam kain kita dari kita sendiri,” tulisnya.

Amyza berkongsi pesanan tersebut menerusi Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto paparan skrin sedang ‘video call’ suaminya.

Ia mendapat pelbagai reaksi pengikutnya yang rata-rata memberitahu pesanan tersebut sangat berguna buat suami dan sesiapa yang suka merampas hak orang lain.

Amyza dan Khairil berkahwin pada tahun 2004 dan telah dikurniakan tiga cahaya mata, Andre, 14, Adrian, 11, dan Ayden, 5 tahun.