Lelaki yang tular kerana wajahnya mirip pelakon Bollywood Shah Rukh Khan (SRK), Fendi Ismail berharap orang ramai tidak mengambil serius perkara itu.

Menerusi video yang dimuat naik dengan menggunakan klip Shah Rukh di Facebook miliknya menjelaskan dia tidak mempunyai niat lain selain berhibur.

Fendi yang berasal dari Temerloh, Pahang itu juga tidak menyangka wajah yang diubah menggunakan sebuah aplikasi mengubah wajah itu menjadi tular.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia memang benar dah tular mengenai muka saya. Jadi janganlah marah pakcik Fendi tu.


“Sebabnya dia nak menghiburkan anda semua, rakyat Malaysia. Apa yang dia buat tu hanyalah dengan tujuan untuk menghiburkan.

“Memang diakui ramai yang kecewa bila tahu keadaan yang sebenar bila dia cuma hanya edit sahaja gambar tu,” ujarnya menerusi rakaman parodi video SRK itu.

Terdahulu selepas menjadi viral, rata-rata netizen meluahkan rasa geram apabila melihat perbezaan ketara wajah Fendi dengan SRK.

Bagaimanpun ada juga yang menyebelahi Fendi dengan menganggap foto itu sebagai gurauan sahaja.