Laman Utama

“Jangan Paksa Sebaliknya…” – Isteri Hafizul Kongsi Tips Baby Mudah Makan

gempak
Mya Amri
03/09/2020
09:08 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Paksa Sebaliknya…” – Isteri Hafizul Kongsi Tips Baby Mudah Makan
Isteri kepada pelakon Hafizul Kamal, Nurul Fariza Ibrahim berkongsi tips untuk anak-anak yang kurang selera makan.
Fariza atau lebih mesra dengan panggilan Mieja berkongsi tips tersebut menerusi posting terbaru di akaun Instagram miliknya.
Menurut Mieja, dia mempraktikkan cara tersebut untuk anak keduanya, Sara Erina.
“Koleksi menu makanan bayi untuk Sara Erina mummy. Mommies, macam mana anda semua menyediakan makanan untuk anak-anak terutamanya ibu-ibu yang bekerja.
“Macam Mieja, memang masak makanan Sara fresh setiap hari sejak dia berumur 7 bulan sampai sekarang nak masuk 9 bulan.
“Sebab Mieja bekerja dari rumah kecuali memang tahu esoknya sibuk jadi hari ini masak lebih dan bekukan. Esok tinggal panaskan je.
“Boleh refer highlight “Baby Food” untuk resepi yang Mieja pernah kongsikan. Awal dulu (6m+) ada hari yang lepas satu suap, dia terus tutup mulut.
“Tak kena kot campuran bahan tu kemudian saya belajar balik cara masak makanan baby yang sedap. Alhamdulillah sekarang Sara memang berselera bila makan.
“Namun jika ada kes anak memang tak nak makan, cuba jangan paksa sebaliknya kita yang cari jalan untuk atasi masalah. Fasal makan anak ni, ada beberapa faktor juga yang buatkan anak makan sikit:
“Makanan terlalu tak sedap sebab cara masak. Bagi makan waktu dia kenyang (susu).Bagi makan waktu dia mengantuk jadi mengamuk la dia nak tidur,” coretnya.
Baru perasan setiap kali suap makan, kaki adik menggedik ? Koleksi menu baby food untuk Sara Erina bambam mummy. Mommies, cane you guys prepare food for your baby especially working moms? Baby makan banyak tak? Mcm Mieja, mmg masak makanan Sara fresh every day since 7m+ sampai la skrg nk masuk 9m sbb Mieja work from home kecuali mmg tahu esoknya busy so today masak lebih & bekukan. Esok tinggal panaskan je. Boleh refer highlight “Baby Food” utk resepi yg Mieja pernah share. Awal dulu (6m+) ada hari yg lepas satu suap, dia terus tutup mulut. Tak kena kot campuran bahan tu then i study balik cara masak makanan baby yg sedap & alhamdulillah sekarang Sara mmg berselera bila makan ? But in case anak mmg tak nak makan, cuba jgn paksa sebaliknya kita yg cari jalan utk tackle masalah tu. Pasal makan anak ni, ada few factors jugak yg buatkan anak makan sikit : 1. Mknn terlalu tak sedap sbb cara masak 2. Bagi makan waktu dia kenyang (susu) 3. Bagi makan waktu dia mengantuk so mengamuk la dia nak tidur Btw 6 in 1 high chair Sara guna ni boleh cari dekat @joie_malaysia. Sara & Raisya both of them boleh guna sbb ni bukan high chair biasa biasa tauuuu.
A post shared by MIEJA CUCKOO (@mieja_ibrahim) on
Terdahulu, Mieja atau nama sebenarnya Nurul Fariza Ibrahim mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem PASKAL The Movie ini pada 13 Februari 2016.
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017 manakala Sara Erina dilahirkan pada 10 Disember 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live