Laman Utama

"Jangan Risau Artis Tak Boleh Buat Loan" - Tiada Slip Gaji, Ini Cara Janna Nick Uruskan Duit Sendiri!

gempak
Syafiqah Jalal
12/03/2021
04:55 MYT
Sponsor Banner
"Jangan Risau Artis Tak Boleh Buat Loan" - Tiada Slip Gaji, Ini Cara Janna Nick Uruskan Duit Sendiri!
Pelakon Janna Nick mengakui selebriti sepertinya tidak mempunyai slip gaji seperti pekerja yang bernaung di bawah sesebuah syarikat.
Namun, Janna memberitahu dia mempunyai akaun bank syarikat miliknya sendiri yang mengurus segala wang serta pembayaran yang diterima hasil dari lakonan atau program yang dilakukan.
“Sebenarnya jujur saya kata artis macam saya ni tiada slip gaji, Tapi semua urusan pembayaran dan pekerjaan yang saya terima dimasukkan ke dalam akaun syarikat saya.
“Jadi saya akan terima ‘gaji’ dari syarikat saya sendiri, kiaranya pekerja kepada syarikat saya sendiri,” katanya.
Janna mengulas mengenai pendapatannya selepas ditanya dalam sesi soal jawab Q&A bersama peminatnya di Instagram (IG) Story.
Tambah Janna lagi, meskipun dia tidak mempunyai slip gaji, namun ia tidak menyukarkannya untuk membuat segala pinjaman bank termasuk membeli rumah.
“Jadi artis ni jangan risau tak boleh buat pinjaman rumah atau apa kerana apa yang penting kena ikut cara yang betul seperti membayar income tax (cukai pendapatan),” jelasnya lagi.
Selain soalan mengenai slip gaji, Janna menerima pelbagai soalan tentang penjagaan kulit termasuklah karier lakonananya dalam drama serta filem terbaharu Selamat Hari Jadi Tak Jadi.
Segala persoalan dan jawapannya itu dimuat naik ke sebuah entri di IG miliknya.
Video tersebut mendapat lebih 63,000 jumlah tontonan serta hamipir 100 komen dari pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live