Pelakon Mimi Lana mengambil inisiatif tersendiri apabila menawarkan peluang pekerjaan kepada tukang cuci yang terkesan.

Tawaran itu susulan ada yang menyatakan tukang cuci tidak perlu bekerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lebih teruk lagi ada kontraktor yang akan memotong gaji pekerja yang tidak dijadualkan bekerja,.

“Assalamulaikum, saya mencari 10 orang cleaner yang gajinya dipotong untuk diberi bantuan.

“Bagi mana mana cleaner yang dipotong gaji, atau pun sesiapa yang kenal boleh dm saya,” katanya.

Jelasnya, dia juga memohon maaf sekiranya sumbangan itu tidak meluas dan membabitkan jumlah yang banyak.

“Saya mintak maaf kerana dapat provide kan sumbangan untuk 10 orang sahaja.

“InsyaAllah kalau ada rezeki lebih kita kongsi lagi ya.

“Jangan risau saya takkan post di social media untuk bantuan pada anda,” katanya.

Perkara itu diumumkan pelakon tinggi lampai itu menerusi posting di Instagramnya hari ini.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya memuji usaha dan tindakan berani Mimi itu.

Kebanyakan mereka menganggap artis turut memainkan peranan penting dalam tempoh yang serba mencabar ini.

A post shared by MIMS (@missmimilana)