,
Viral

Jangan Salah Orang, Suami Siti Jamumall Tiada Kaitan Dengan Iklan Tular! Ini Asal Usul Pilihan Nama Aiman Tak Kisah

Mya Amri
25/06/2024
09:25 MYT
Suami kepada usahawan, Siti Jamumall iaitu Aiman menjelaskan tentang kekeliruan orang ramai mengenai penggunaan nama Aiman Tak Kisah yang sebelum ini pernah menjadi tular sekitar tahun 2006.

Bukan Aiman Tak Kisah yang tular

Aiman atau nama sebenarnya Khairul Aiman Abdul Kudus, 21 berkata dia mula menggunakan nama panggilan itu sejak berumur 15 tahun lagi.
“Saya pernah dengar mengenai iklan dan nama Aiman Tak Kisah itu di radio. Tapi saya tiada kaitan dengannya.

“Saya mula menggunakan nama Aiman Tak Kisah ini sejak berumur 15 tahun dan pada ketika itu saya bersekolah di tingkatan 3 dahulu.

“Secara jujurnya saya pun sebenarnya tidak tahu tentang individu bernama Aiman Tak Kisah yang diperkatakan ini,” katanya ketika ditemui Gempak.

BERITA TRENDING: Aiman Tak Kisah Dilabel Perosak Perkahwinan, Anggap Best Man Win - “Masih Ada Peluang Selagi Cincin Belum Dijari”

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Dah Buat Solat Istikharah Sebelum Bernikah Dengan Aiman Tak Kisah Di Thailand - “Keputusan Bukan Terburu-Buru"

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Nikah Di Thailand, Netizen Persoal Apa Kaitan Rugi Duit Dari Perkahwinan 'Tak Jadi'?

BERITA TRENDING: "Ya Itu Betul, Bukan Drama" - Ibu Sahkan Siti Jamumall Kahwini Aiman Tak Kisah

BERITA TRENDING: Batal Kahwin 31 Mei, Siti Jamumall Pilih Nikahi Lelaki Lain Di Thailand!

Pilih nama sebab kerap dikecam

Tambah Aiman lagi, pemilihan nama itu dilakukan sebagai satu simbolik bahawa dirinya tidak kisah dengan apa sahaja kata-kata negatif yang dilemparkan netizen.
“Saya hairan setiap kali bila saya buat live ramai yang memberikan kecaman, jadi dari situ saya mula berikan nama lain iaitu Aiman Tak Kisah.

“Aiman Tak Kisah itu sebagai simbolik yang saya tidak kisah dengan apa pun kecaman, saya redah sahaja.

“Begitulah kisah di sebalik nama Aiman Tak Kisah. Memang saya kaliskan diri saya dengan kecaman-kecaman yang diberikan. Saya sendiri pun tak tahu kenapa dikecam,” ujarnya.
Terdahulu, Aiman Tak Kisah merupakan nama dalam iklan khidmat masyarakat yang popular suatu ketika dahulu.
Iklan itu sering ke udara melalui radio ERA dan SINAR.
Iklan itu dilantunkan secara santai dan bersahaja oleh seorang budak lelaki yang mempunyai nama sama iaitu Aiman Hakim Badrul.
Untuk info, Aiman dan Siti berkahwin di Satun, Thailand pada 1 Jun lalu.
Siti sepatutnya dijadualkan bernikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 31 Mei lalu namun terpaksa dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi.
Difahamkan, segala persiapan juga sudah dibuat termasuklah memberikan kad jemputan kepada semua tetamu.
Siti juga pernah berkahwin sebelum ini namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4, dan Putra Aiman Zafran, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Budak Genius Masuk UM Pada Usia 12 Tahun

gempak
28/09/2024
16:00 MYT
Seorang kanak-kanak mencatat sejarah apabila menjadi pelajar termuda pernah mendaftar masuk ke Universiti Malaya sejak penubuhannya pada tahun 1962.
Hiburan

Awie Dedah Pernah Ada Karakteristik Lembut Masa Zaman Sekolah - "Saya Suka Menari, Gimnastik Pun Dulu Saya Wakil Sekolah"

gempak
27/09/2024
12:55 MYT
Penyanyi rock lagenda tanah air, Datuk Awie baru-baru ini berkongsi kisah lucu berkaitan dirinya yang disifatkan sebagai seorang yang 'lembut' semasa zaman sekolah.
Viral

“Takut Tapi Kena Kuat…” – Siti Jamumall Harus Jalani Prosedur Cuci Kandungan, Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga Disebabkan Molar Pregnancy

gempak
27/09/2024
09:55 MYT
Baru sahaja tiga minggu disahkan hamil, personaliti media sosial Siti Jamumall diuji  apabila dirinya terpaksa menggugurkan kandungannya.
Viral

Kieda Crepe Kecewa Ada Pihak Sengaja Buat Ulasan Perniagaannya Demi Nak 'FYP' - "Naiklah Tanpa Memburukkan Orang... "

gempak
26/09/2024
08:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak membuat ulasan berkenaan perniagaannya hanya untuk meraih perhatian di laman sosial.
Hiburan

Kemelut Rumah Tangga Fattah-Fazura Buat Hati Abby Abadi Sebak, Harap Terus Pertahankan - "Kalau Rasa Kita Paling Tersakiti, Ada Yang..."

gempak
26/09/2024
05:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengakui dirinya berasa sebak melihat keretakan hubungan pasangan selebriti Fattah Amin dan juga isteri, Fazura.
BorakSeeni