,
Laman Utama

“Jangan Selfish & Tamak, Ramai Lagi Orang Yang Ikat Perut…” – Dayana Roza

Fiza Kamarudin
29/06/2021
04:45 MYT
Pelakon Dayana Roza menegur sikap sesetengah masyarakat yang mementingkan diri dan bersikap tamak.
Dayana berkongsi hantaran di Instagram (IG)nya selepas tular foto stok simpanan makanan seorang wanita selepas memohon bantuan orang ramai.
Menurut Dayana, memang wujud golongan yang suka mengambil kesempatan seperti itu sehingga tidak memikirkan orang lain.
“Tak dinafikan memang wujud orang macam ni…Kiri kanan depan belakang dia kaut. Kepada yang ambik kesempatan atas alasan “takde makanan” “takde susu anak” “anak tak makan” tapi dalam diam dah collect banyak stock makanan tolong STOP ye,” katanya.
Tambah Dayana lagi masih ramai yang memerlukan bantuan dan terpaksa ‘ikat perut’ kerana terkesan dengan pandemik Covid-19.
“Dalam keadaan macam ni tak boleh selfish dan tamak, ramai lagi orang yang ikat perut. ingat sikit orang belakang ye kakak abang.
“Tak payah nak simpan stock sampai raya tahun depan. Ni dah kira macam makan hak orang, tak berkat nanti.
“Jangan nanti disebabkan orang-orang awak, orang yang nak bagi bantuan dah tak percaya dan mereka yang betul-betul memerlukan nanti lapar tak makan, anak tak ada susu, pampers semua.
“Fikir sikit ye,” tegur Dayana.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut kesal dengan sikap individu yang mengumpul bantuan keperluan harian yang boleh dikatakan lebih daripada cukup.
Mereka bersetuju dengan saranan Dayana agar pemohon bantuan tidak tamak dan mementingkan diri sendiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayana Roza Dikejarkan Ke Hospital, Pengsan Akibat Dirempuh Ketika Selamatkan Anak Dari Slide Air -“Impact Kuat, Kepala Koyak, Darah Meleleh Non Stop”

gempak
10/08/2024
02:50 MYT
Pelakon, Dayana Roza berdepan detik cemas apabila dia dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Mersing, Johor selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Hiburan

Dayana Roza Selamat Bersalin Anak Kedua - “Baby Berada Dalam Keadaan Baik”

gempak
31/12/2023
01:58 MYT
Alhamdulillah.
Laman Utama

“Dari Dulu Teringin, Dah Boleh Beli Baju Dinasour”- Dayana Roza Sebak, Hasrat Nak Baby Boy Tercapai

gempak
08/10/2023
01:55 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

[VIDEO] Pernah Digosipkan Bercinta Dengan Mat Saleh, Dayana Roza Tak Simpan Dendam - “Dari Dulu Orang Fitnah, Kata Aku Scandal…“

gempak
25/01/2023
10:00 MYT
Tak baik fitnah Dayana tau...
Laman Utama

Nyaris Baham Burung Kakak Tua Peliharaan, Dayana Roza Kongsi Detik Cemas Ular Sawa Masuk Rumah - “Nasib My Husband…”

gempak
18/04/2022
03:20 MYT
Besarnya ular...
Unitar