Hiburan
“Jangan Sesekali Pisahkan Walau Apa Jua Alasan” - Sharnaaz Ahmad Fahami Situasi Fizi Rindu Anak
Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa simpati dengan situasi yang menimpa penyampai radio, Fizi Ali yang sudah dua bulan tidak bertemu anaknya.
Sharnaaz menerusi hantaran di Insta story miliknya berkata sesiapa yang pernah melalui situasi sama akan memahami keperitan berpisah dengan anak dalam jangka masa yang panjang.
Tambah Sharnaaz lagi, walaupun dia tidak pernah bertemu dengan Fizi namun sebagai bapa dia amat memahami kesedihan yang dirasai oleh penyampai radio itu.
“Hanya yang lalui akan faham. Aku tak pernah jumpa Fizi tetapi aku akan peluk kau.
“Aku tidak mahu tahu betul atau salah tetapi jangan sesekali pisahkan. Apa-apa pun alasannya,” coretnya.
Sharnaaz menyuarakan pendapatnya selepas melihat video yang merakamkan Fizi tidak dapat menahan sebak ketika berbicara mengenai anaknya semasa di temu bual media di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Rabu.
Sharnaaz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada Mac 2017 namun hubungan mereka berakhir pada Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jaydeen yang kini berusia enam tahun
BERITA TRENDING: Fizi Ali Tak Tahan Sebak, Menangis Rindu Anak - “Hampir Dua Bulan Tak Jumpa…”
Terdahulu, proses sulh berhubung isu hak penjagaan anak antara Fizi dan bekas isterinya, Shakilla Khoriri gagal mencapai kata sepakat.
Malah, permintaan Fizi untuk berjumpa anaknya iaitu Ameena Sofia juga tidak dipersetujui Shakilla.
BERITA TRENDING: “Fail Hadanah Bukan Nak Berebut Anak Tapi Untuk Dapat Kasih Sayang Sempurna” - Fizi Ali
Sebelum ini, Fizi menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat berjumpa anak tunggalnya ketika hari graduasi.
Dia kemudian mendakwa Shakilla telah menyekat nombor telefonnya dan tidak boleh dihubungi.
BERITA TRENDING: Sedih Fizi Ali Datang Majlis Graduasi Anak Tapi Anaknya Tak Muncul-Muncul!
Susulan itu, Fizi terpaksa membawa tuntutan hak penjagaan anak ke mahkamah.
Imbas kembali, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.
Must-Watch Video