Viral
Jangan Terpedaya, Individu Menyamar Jadi Sona One
Penyanyi hip hop Sona One memohon orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan helah individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai dirinya.
Jelas Sona One atau nama sebenarnya Mikael Adam Lozach, taktik yang digunakan dengan mencipta akaun Instagram menggunakan identitinya itu terbongkar apabila akaun palsu berkenaan cuba berhubung dengan peminatnya.
"Tolong buat laporan terhadap individu ini. Sekiranya akaun ini tiba-tiba masuk DM anda, hantar tangkap skrin (screenshot) kepada saya.
"Individu ini cuba menghantar mesej kepada sahabat saya dan berfikir dia tidak akan tertangkap," pesannya.
Lebih mengecewakan kata pelantun lagu Sang Saka Biru itu apabila masih ada individu yang cuba mengambil kesempatan ketika dunia berdepan COVID-19.
"Ramai orang cuba bertahan sebaik mungkin untuk teruskan hidup, tetapi individu ini pula menyalurkan tenaganya untuk perkara tidak bermanfaat ini," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Sona One baru muncul dengan single terbaharunya berjudul Bomba.
Pesanan buat semua, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video