,
Laman Utama

“Janganlah Bangga Buat Sesuatu Yang Buruk” - Menteri Hal Ehwal Agama Tegur Artis, Influencer Yang Kerap Buat Content Tak Senonoh

Izwan Isa
03/06/2023
01:50 MYT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai'im Mokhtar menegur segelintir artis dan pempengaruh (influencer) yang kerap memuat naik kandungan-kandungan tidak senonoh sehingga menuai cemuhan dalam kalangan netizen.
Mohd Nai’im berkata, artis dan influencer yang menggunakan media sosial perlu bertanggungjawab terhadap pengikut-pengikut yang mengikuti kandungan di platform mereka.
BACA: “Lainlah Minum Arak” - Baby Shima Kecewa Video Minum Dari ‘Botol Susu’ Masih Jadi Isu
“Tidak kira sama ada kita menteri ke, engineer ke, perdana menteri atau selebriti, setiap daripada kita ini adalah pemimpin dan kita perlu bertanggungjawab. Rasulullah SAW pernah bersabda, ‘Setiap seorang daripada kamu ini adalah pemimpin dan kamu sebagai pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyat atau orang yang berada di bawah kita.’
“Jadi, dalam konteks ini, jelas mereka ada followers dan pengikut mereka. Kalau kita tengok hadis nabi tadi, secara jelas menyebut, kita akan bertanggungjawab… dengan siapa kita bertanggungjawab? Kita bertanggungjawab depan Allah,” kata beliau kepada Gempak.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis lawatan Rumah Perlindungan Al-Fattah, Semenyih semalam.
Melanjutkan bicara, Nai’im menambah, setiap baik buruk yang dipertontonkan di media sosial akan memberi impak kepada orang yang melihatnya.
BACA: “Hidup Perlukan Lawak Dik, Bukannya Ada Adegan Ramas Meramas” - Tarian Gelek Punggung Dengan Ifa Raziah, Aliff Syukri Mohon Maaf
“Kalau dibuat perkara baik oleh pengikut, kita dapat pahala. Tapi kalau dia buat sesuatu yang buruk, berdasarkan apa yang kita ajar dan buat, kita akan bertanggungjawab terhadap perbuatan yang mereka lakukan tadi.
“Saya nasihatkan diri sendiri dan rakan-rakan yang ramai followers. Bila kita ada pengikut, kita nak didik mereka ini ke jalan yang baik dan benar. Kalau katakan kita masuk syurga, mereka akan masuk syurga sama-sama.
“Kita tak nak sebab perbuatan kita yang tak baik, pengikut kita pun ikut… kita akan bawa mereka sekali ke lubang neraka. Kita nak elak benda tu. Saya nasihatkan diri saya terutamanya, dan rakan-rakan di luar sana, kita manfaatkan media sosial dengan mendidik masyarakat.
“Janganlah bangga kita buat sesuatu yang buruk, kita dapat like banyak. Sebab setiap perkara tu dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT. Jadi kita ajak followers kita ke arah kebaikan. Semoga mereka lakukan kebaikan kita juga dapat pahala,” tutupnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

TikToker Bawa 11 Peguam Ke Balai Polis, Jawab Tuduhan Hamilkan Anak Artis

gempak
05/10/2024
12:40 MYT
‘Drama’ Nikita Mirzani dan kekasih anaknya, Vadel Badjideh kembali menjadi pemberitaan hangat di Indonesia selepas Tiktoker tersebut dipanggil pihak polis untuk siasatan.
Hiburan

“Semua Sekadar Gimik & Marketing, Hujung-Hujung Jual Produk!” - Michael Ang Siap Buat List! Takkan Percaya Konten Mengarut

gempak
02/10/2024
02:25 MYT
Pengarah, Michael Ang menyatakan selepas ini dia tidak lagi akan percaya dan tertipu dengan konten-konten disifatkan sebagai mengarut di media sosial.
Viral

Influencer Dengan 1.5 Juta Followers Ditahan Reman, Buat Aksi Drift

gempak
29/09/2024
08:25 MYT
Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap seorang pempengaruh TikTok yang juga usahawan muda terkenal di Pulau Pinang bagi membantu siasatan Ops Khas Samseng Jalanan.
Viral

“Takut Tapi Kena Kuat…” – Siti Jamumall Harus Jalani Prosedur Cuci Kandungan, Tak Ada Rezeki Timang Anak Ketiga Disebabkan Molar Pregnancy

gempak
27/09/2024
09:55 MYT
Baru sahaja tiga minggu disahkan hamil, personaliti media sosial Siti Jamumall diuji  apabila dirinya terpaksa menggugurkan kandungannya.
Viral

Kongsi Kata Sindiran, Marissa Dania Tak Nak Sekat 'Haters' - "Biarkan Satu Atau Dua, Jadi Mereka Boleh..."

gempak
26/09/2024
04:31 MYT
Perkongsian di Instagram Story milik anak perempuan kepada Abby Abadi, Marissa Dania meraih perhatian apabila dia memuat naik kata-kata sindiran kepada pihak yang membencinya atau ‘haters’.
BorakSeeni