Janna Nick Akui Bukan Mudah Nak Dapatkan Anak - "Banyak Supplement Kena Makan, Kena Jaga Kesihatan Mental, Kurangkan Kerja..."
Asyikin Mayudin
26/06/2024 02:25 MYT
26/06/2024 02:25 MYT
Setahun sudah mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Janna Nick mengakui dia kini dalam proses mencuba untuk mendapatkan zuriat.
Jaga Kesihatan Mental
Bagaimanapun, Janna memberitahu doktor menasihatkannya supaya menjaga keadaan kesihatan mental selain perlu mengurangkan stres serta kerja yang terlampau berat.
“Saya sebenarnya sekarang tengah fokus untuk cuba mendapatkan baby… itu perancangan saya. Tekanan itu tidak, sebab saya tak sepatutnya berasa tertekan atas nasihat doktor.
“Sekarang ini, saya kena jaga kesihatan mental saya sebaik yang mungkin, saya kena kurangkan stres dan kurangkan kerja yang terlampau berat sampai tak ada masa untuk diri sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Setahun Kahwin, Janna Nick & Dini Mandi Bersama Setiap Hari: “Kalau Tidak Sempat Buat..”
ARTIKEL BERKAITAN: Video Usik Ruhainies 'Penyondol' Tular, Janna Nick; "Jauh Di Sudut Hati Mengata Orang Jatuh Ditimpa Tangga, Saya Simpati Dengan…
“Agak mencabarlah untuk saya nak dapatkan baby,” kata Janna menerusi temu bual di Instagram Astro Radio News.
Lakukan Pemeriksaan Doktor & Pakar
Sudah melakukan pemeriksaan dengan doktor dan pakar, isteri kepada aktor Dini Schatzmann ini turut mengakui bukan mudah untuk dia mendapatkan cahaya mata.
Selain itu, Janna turut berharap orang ramai mendoakan agar dia dan suaminya dikurniakan anak.
“Usaha dia sangat mencabar, banyak juga suplement yang kita kena makan dalam usaha untuk mendapatkan. Tapi saya ambil perkara ini sebagai satu perjalanan la yang indah.
“Saya bukan sahaja minta nasihat daripada orang yang berpengalaman, tapi saya juga ada minta nasihat daripada doktor, embriologist.
Harapkan Doa Orang Ramai
“Saya dah diperingkat buat semua ujian, dah jumpa semua doktor, maksudnya kita memang banyak usaha dan ikhtiar. Hanya tinggal tawakkal kepada Allah. Sudah tentu saya mengharapkan orang ramai.
“Sebab kita tak tahu dalam ramai-ramai ini siapa doa yang dimakbulkan dan diangkat oleh Allah. Teruskan berdoa, kalau ada rezeki, ada… kalau tak ada, tak apa, kita cuba lagi,” katanya lagi.
Untuk rekod, Janna mendirikan rumah tangga dengan Dini Schatzmann pada 10 Jun tahun lalu.