Laman Utama

Janna Nick Buktikan Mampu Nyanyi Live Di Depan 400 Penumpang Atas Kapal Cruise!

gempak
Shahrin Zulkifle
14/01/2023
08:00 MYT
Sponsor Banner
Janna Nick Buktikan Mampu Nyanyi Live Di Depan 400 Penumpang Atas Kapal Cruise!

Penyanyi dan pelakon Janna Nick mengakui kekuatan utamanya bukan terletak pada nyanyian sehingga terpaksa menuntutnya melakukan persembahan secara ‘miming’.

Bagaimanapun kata pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, 27, jika diberi pilihan, dia akan memilih untuk menyanyi secara langsung.

Menyanyi bukan forte

“Saya seboleh-boleh tidak akan miming di mana-mana persembahan yang akan saya lakukan.

“Bila ada masanya saya nyanyi miming itu mungkin disebabkan lagu tersebut masih baru dan jarang saya bawakan.

“Terserah kepada penonton untuk membuktikan saya boleh nyanyi live atau tidak, sebab saya sedar nyanyi bukan forte sebenar saya.

“Saya anggap saya penghibur dan asalkan orang terhibur dengan persembahan saya itu yang lebih penting,” ujarnya kepada Gempak.

Janna berkata demikian usai dia melakukan persembahan secara langsung menerusi Show Songbirds di atas kapal persiaran Genting Dream, minggu lalu.

Terdahulu, nama Janna dikecam teruk susulan tindakannya menyanyi secara miming ketika membuat persembahan di Anuegrah Industri Muzik ke 23 (AIM23) tahun lalu.

Nyanyi live atas cruise

Sementara itu, diminta berkongsi mengenai perasaan melakukan persembahan di hadapan lebih 400 penonton yang juga pelancong di atas cruise, Janna mengakui teruja dalam masa turut berdebar.

“Perasaan mula-mula dapat tahu buat persembahan cruise memang excited dalam masa sama nervous juga.

“Selepas sekian lama orang ramai tak dapat keluar disebabkan COVID 19, jadi ini lah masa yang terbaik untuk saya berjumpa peminat Singapura dan juga Malaysia dengan membuat persembahan di atas kapal,” tambahnya.

Pada persembahan Show Songbirds tersebut, Janna telah menyampaikan empat buah lagu antaranya Perhaps Perhaps Perhaps, Gadis Dan Bunga, Unbreak My Heart dan lagu popular nyanyiannya, Gatal.

Genting Dream cruise

Genting Dream cruise merupakan sebuah kapal pelayaran milik syarikat ternama Resorts World Cruise. Malah, ia merupakan kapal pelayaran mesra halal pertama di dunia.

Genting Dream dilengkapi kemudahan dan keselesaan yang pastinya membuat pelancong teruja ketika menikmati percutian di atas laut sambil ditemani pemandangan yang indah.

Kapal yang berukuran 335m panjang dan 40m lebat itu memiliki 18 tingkat secara keseluruhan dan mampu memuatkan 3352 penumpang dalam satu masa selain dilengkapi ciri keselamatan yang tinggi.

Aktiviti menarik

Antara kemudahan yang disediakan adalah The Lido (restoran), bar city, spa , butuk, zouk beach club, little dreamers club dan banyak lagi.

Malah pelancong turut berpeluang bermain parti buih, taman tema air, gelongsor panjang, garisan zip, flying fox dan pelbagai lagi.

Untuk merasai sendiri nikmat percutian di atas laut bersama Genting Dream cruise sila layari www.cruises.com atau email ke [email protected] atau ikuti laman sosial resortsworldcruises.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024