Pelakon Dini Schatzmann, 27, menyatakan teman wanitanya, aktres Janna Nick, 25, sedang berehat daripada menggunakan telefon bimbit dan media sosial.

Selepas memuat naik video sedang memandu kereta dalam keadaan menangis, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner langsung tidak membuat sebarang posting di Instagram (IG) miliknya.

"Yang saya tahu dia sedang melalui sesuatu ketika ini.

"Buat masa sekarang, dia sedang berehat (break) dari menggunakan telefon bimbit dan media sosial," katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah pelakon drama Marry Me Senorita, dia belum berkesempatan untuk bertemu secara empat mata memandangkan sedang menjalani penggambaran.

"Saya belum dapat berjumpa dengan Janna jadi saya tidak pasti bagaimana keadaannya.

"Saya sedang menjalani penggambaran pada masa ini," katanya lagi.

Sebelum ini, Janna mendedahkan dirinya mengalami tekanan sekali gus menganggu emosinya kerana jadual kerjanya yang padat.

BACA: "Saya Hanya Ingin Hidup Normal" - Luah Penat, Janna Nick Mahu Berhenti Kerja?