,
Hiburan

“Jantung Saya Berhenti Berfungsi”- Phua Chu Kang Kongsi Detik Cemas Hampir Mati

Ainun
11/09/2024
10:25 MYT
Pelawak terkenal, Gurmit Singh atau lebih dikenali sebagai Phua Chu Kang mendedahkan dirinya punyai masalah kesihatan yang serius suatu ketika dahulu.
Jelas Gurmit atau nama sebenarnya Gurmit Singh Virk Chainchal Singh, 59, badan dan otaknya pernah tiba-tiba berhenti berfungsi seketika.

“Saya masih ingat pada tahun 2017, otak saya tiba-tiba berhenti berfungsi. Ketika itu, isteri saya menelefon untuk bertanya di mana saya berada, dan saya hanya menjawab, ‘Saya tidak pasti di mana saya berada’

“Saya terus memberitahu dia tentang tempat di sekitar saya dan pada masa itu saya sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku kepada saya," katanya ketika ditemui di sidang media Phua Chu Kang: The Greatest Show Man pada Rabu.

Jantung berhenti

Cemas dengan keadaan yang berlaku, Gurmit dan isteri bergegas mendapatkan rawatan pakar untuk mengenal pasti penyakit yang dihidapi.
“Saya segera berjumpa dengan doktor pakar jantung, dan mereka memeriksa keadaan saya dengan meminta saya untuk menghadap dinding selama tiga minit sambil diikat diatas katil.
“Selepas tiga minit, badan saya menjadi lemah, dan mereka memberi ubat untuk mempercepatkan degupan jantung, menyebabkan saya pengsan.

“Selepas sedar, doktor memberitahu saya bahawa jantung saya berhenti berfungsi selama lebih 30 saat, dan mereka terus melakukan rawatan CPR kepada saya. Saya terkejut mendengar berita itu, dan pada masa itu, doktor masih tidak dapat mengenal pasti penyakit saya," jelasnya.

Syukur masih hidup

Ekoran kejadian itu, Gurmit sering dihantui perasaan risau dan takut biarpun tahu tidak menghidap penyakit yang berbahaya.
“Sebelum COVID, saya ada satu persembahan komedi di Kuala Lumpur. Sepatutnya, persembahan itu berlangsung selama 45 minit, tetapi saya mengambil masa selama tiga jam untuk habiskan kerana sebelum memulakan persembahan, saya terfikir mungkin ini adalah persembahan terakhir saya.
“Jadi, saya bertanyakan kepada penonton boleh ke saya lanjutkan persembahan komedi ini lagi dan penonton bersetuju untuk melanjutkan persembahan saya.

“Setiap hari saya bangun dari tidur, saya rasa bersyukur saya masih hidup dan saya akan lakukan yang terbaik untuk diri sendiri”, kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Gurmit Singh bakal membuat persembahan komedinya, Phua Chu Kang: The Greatest Show Man di HGH Convention Centre Sentul, Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Oktober ini. Turut digandingkan bersama, dua penghibur dari Malaysia, Russell Curtis dan Rizal Van Geyzel.

BERITA TRENDING: Gurmit Singh AKA Phua Chu Kang Says He Prefers M’sian Nasi Lemak…but S’porean Char Kway Teow

BERITA TRENDING: Andy Lau Jatuh Dalam Lubang Sewaktu Buat Persembahan

BERITA TRENDING: Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

BERITA TRENDING: Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Bollywood

Bintang Terkenal Bollywood, Deepika Padukone & Ranveer Singh Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
08/09/2024
13:03 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Bomba Henti SAR Selam Skuba

gempak
30/08/2024
07:25 MYT
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India pada jam 5 pagi hari ini.
Berita

IJN Perintis Pusat Rehabilitasi Jantung Berteknologi Tinggi Pertama Di Asia

gempak
01/08/2024
11:36 MYT
Institut Jantung Negara (IJN) melakar pencapaian dalam penjagaan jantung menerusi rehabilitasi baharu yang dilengkapi teknologi senaman pneumatik termaju.
BorakSeeni