Skip to main content

Rancangan Realiti

Jatuh Sakit, Irfan Haris Risaukan Persembahannya Di Big Stage 2 Minggu Ini

irfan.jpg
Peserta Big Stage 2, Irfan Haris telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan.

Menerusi entri terbaru di Instagram (IG) miliknya, Irfan memohon doa daripada peminatnya untuk kembali sihat seperti sediakala demi konsert Big Stage 2 minggu ini.

Malah, pelantun lagu Redha itu turut memuat naik gambar dalam keadaan lemah dan dirawat di sebuah hospital swasta.

"Guys please pray for me so that I dapat perform untuk bigstage this week," tulisnya sebagai kaspyen.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

guys please pray for me so that i dapat perform untuk bigstage this week??

A post shared by Irfan Haris (@irfannharis) on


Rata-rata peminat serta rakan artis meninggalkan komen mendoakan supaya Irfan kembali pulih selepas menerima rawatan.




Namun, Irfan tidak mendedahkan punca sebenar dia dimasukkan ke hospital.

Usaha Gempak untuk menghubungi Irfan sendiri bagi mendapatkan penjelasan lanjut gagal kerana penyanyi itu sedang berehat dan menjalani rawatan.

Pada konsert minggu pertama, Mark Adam diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!


Advertisement

Must-Watch Video