Gaya Hidup

"Jatuh Terkena Tepi Meja" - Kelopak Mata Anak Adam Corrie Lee Terkoyak

gempak
Badrul Hashim
18/04/2020
03:51 MYT
Sponsor Banner
"Jatuh Terkena Tepi Meja" - Kelopak Mata Anak Adam Corrie Lee Terkoyak
Sedih juga melihat sekeping gambar yang dikongsikan oleh Adam Corrie Lee tentang anaknya Adam Fateh Lee.
Pada sekeping gambar di Instagram yang diulang siar Corrie dari Instagram anaknya itum Corrie mengharapkan anaknya cepat sembuh.
"Anak abah kuat. Nak membesar kan. Kisah semalam. Siapa kata anak abah nakal? Anak abah tak nakal la. Anak abah aktif dan anak abah sedang dalam proses membesar akan lalui pelbagai pengalaman.
"Semoga anak abah cepat sembuh dan membesar dengan sihat, dan berjaya di dunia & akhirat," tulis Corrie pada entri tersebut.
Tambah Corrie lagi kita hendaklah selalu senyum selalu, selalu bersangka baik, Insya-Allah hati akan tenang.
Sementara itu di Instagram milik anaknya Adam Fateh Lee yang mempunyai pengikut hampir 100,000 orang, ada cerita bagaimana perkara tersebut berlaku.
"Tengahari tadi Fateh jatuh terkena tepi meja. Kelopak mata Fateh terkoyak. Pergi hospital doktor gam bahagian yang terkoyak.
"Ini gambar masa di klinik sebelum pergi ke Hospital," tertulis pada entri tersebut.
Adam Corrie Lee berkahwin denagn Fazima Fuad pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Adam Fateh Lee.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live