HIBURAN
Jay Park Kembali Gegarkan Kuala Lumpur Menerusi ‘Jelajah Dunia Jay Park 2025’ Selepas 6 Tahun!
Bintang sensasi, Jay Park bakal kembali ke Kuala Lumpur dengan persembahan yang pasti menggegarkan pentas menerusi Jelajah Dunia Jay Park 2025 [Serenades & Body Rolls].
Kembali Selepas 6 Tahun
Menandakan comeback jelajah solonya selepas enam tahun, Jay Park akan menggegarkan Zepp Kuala Lumpur pada 14 Jun 2025 (Sabtu), jam 5:00 petang.
Jay Park, yang juga pengasas kepada AOMG, H1GHR MUSIC, WON SOJU dan MORE VISION, dikenali dengan gabungan genre R&B dan hip-hop yang unik serta gaya persembahan yang penuh karisma.
Dengan rekod prestasi memukau di festival-festival utama seluruh dunia, tidak hairanlah peminat semakin teruja menantikan kemunculannya semula di ibu kota.
Dikenali dengan tenaga luar biasa, pesona pentas yang menawan, serta deretan lagu-lagu hits seperti “MOMMAE”, “All I Wanna Do”, “Solo” dan banyak lagi, Jay Park menjanjikan senarai lagu yang padat dengan kegemaran peminat, karya baharu dan mungkin kejutan eksklusif untuk peminat KL.
Prapenjualan tiket untuk Pemegang Kad Mastercard adalah pada 14 April 2025 (Isnin), dari 11 pagi hingga 11:59 malam di www.priceless.com/music. Manakala pra-jualan eksklusif ahli Live Nation adalah pada 15 April 2025 (Selasa), dari 11 pagi hingga 11:59 malam di www.livenation.my
Jualan umum akan bermula 16 April 2025 (Rabu), jam 11 pagi menerusi www.golive-asia.com
Must-Watch Video