Viral
Jejaka Kelantan Berhabis RM200,000 Bedah Wajah. Ini Hasilnya...
Miyyo Rizone atau nama sebenarnya Amirul Rizwan Musa, 21, berhabis RM200,000 untuk menjalani pembedahan wajah secara berperingkat sejak tahun 2014.
Wajah lelaki kelahiran Ketereh, Kelantan itu berubah secara total sepertimana watak Squall Leonheart dalam Final Fantasy seperti yang diinginkannya.
Perubahan wajah Amirul itu mendapat kecaman hebat daripada netizen sejak dua minggu lalu hingga ada yang memaki hamunnya.
"Bukan sahaja melalui telefon, di luar juga ada yang bertemu saya hanya untuk memaki hamun. Bagaimanapun, saya ambil positif," katanya kepada Harian Metro.
Amirul mengakui menjalani pembedahan wajah sejak 2014 termasuk dua pembedahan di luar negara bagi meneruskan kerjayanya sebagai model sejak tiga tahun lalu.
Saya pernah menjuarai pertandingan Ulzzang Asia secara dalam talian pada 2012 dan mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan selepas itu selepas ditawarkan menjadi model.
"Saya tidak sangka gambar wajah saya menjadi tular sehingga menerima panggilan dan mesej tidak henti-henti daripada orang ramai hanya untuk mengutuk saya.
"Lebih menyedihkan, ada yang datang bertemu secara berdepan semata-mata untuk memaki hamun saya," katanya.
Menurut anak bongsu daripada lapan beradik itu, biarpun menerima kecaman teruk daripada masyarakat dia berusaha untuk bersikap profesional dan tidak mahu cepat melatah kerana keadaan itu sedikit sebanyak membantu memajukan perniagaannya.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video