,
Berita

Jennifer Garner Kembali Menerusi 'Camping'

Elrafaei Sapi
13/09/2018
14:03 MYT
Lebih dikenali menerusi filem Pearl Harbor dan Elektra termasuk drama TV popular, Alias, kali ini aktres jelita Jennifer Garner kembali menerusi sebuah drama komedi terbaru berjudul Camping.
Aksi pelakon popular itu yang bakal disiarkan secara eksklusif menerusi HBO pada 15 Oktober nanti menyaksikan dia membawakan watak Kathryn McSorley-Jodell iaitu seorang ibu dari Los Angeles yang mempunyai suami yang juga seorang bapa penyayang.
Apa yang menarik perhatian dalam hubungan suami isteri ini adalah bagaimana wanita itu merancang mahu meraihkan hari jadi suaminya ke-44 dengan melakukan ativiti perkhemahan.
Ia bukan hanya kisah mereka berdua tapi membawa cerita sekumpulan rakan lama yang tiba di Tasik Brown Bear untuk berkhemah dan menyambut hari jadi Walt lakonan David Tennant.
Menariknya, aktiviti ini membangkitkan emosi mereka dan kenangan yang tidak boleh dilupakan.
Drama sebanyak 8 episod ini turut disiarkan serentak di Amerika Syarikat dan Malaysia pada 15 Oktober ini jam 10 pagi.
Ia boleh ditonton menerusi HBO saluran 411 dan 431 HD serta boleh ditonton d HBO On Demand (Astro Go).
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: HBO Asia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Game of Thrones : House of Dragon Kembali Menemui Peminat Di Kaca TV

gempak
22/07/2022
11:00 MYT
Akhirnya siri terbaru akan keluar
Laman Utama

Filem Paling Epik 2022! Betul Ke? Ini 5 Sebab Mengapa The Batman Antara Karya Terhebat Pernah Dihasilkan!

gempak
22/04/2022
07:17 MYT
Anda boleh strim secara On Demand melalui Ultra Box, Astro GO dan HBO GO.
Laman Utama

Penantian Berakhir! Gossip Girl Mula Ditayangkan Hari Ini, XOXO!

gempak
08/07/2021
08:04 MYT
Tak sabar!
Laman Utama

“Who Am I? That's One Secret I'll Never Tell” - Gossip Girl Kembali, Versi Reboot Bakal Ditayangkan Bermula…

gempak
17/06/2021
11:20 MYT
Tak sabar guys!
Laman Utama

Lisa Kudrow Pecah Rahsia Friends: The Reunion

gempak
24/05/2021
05:50 MYT
Friends : The Reunion akan ditayangkan pada 27 Mei di HBO GO
BorakSeeni