Isteri kepada usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida mengimbas kenangan ketika menunaikan ibadah haji dan umrah bersama arwah bapa mertuanya.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Shahida bersyukur kerana diberi peluang untuk mengerjakan haji pada tahun yang sama dengan arwah bapa mertuanya itu.
"Kenangan mengerjakan umrah bersama abah beberapa tahun lalu, masa ni abah masih sihat dan cergas, anak-anak saya pun kecil lagi.
"Tahun 2016 pula, saya mengerjakan haji, tahun yang sama dengan abah, tapi kami pergi tarikh yang berlainan sebab abah pergi dulu dan saya agak last minute.
"Jenuh call abah tak dapat-dapat, rupanya dia memang tak bawa handphone langsung, risau juga macam mana nak contact dia kat sana.
"Tapi akhirnya, pada hari terakhir untuk melontar saya jumpa, kami melontar bersebelahan selepas subuh, Alhamdulillah rezeki sama-sama naik haji di tahun yang sama," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan kisah itu dan menyedekahkan Al-Fatihah buat bapa kepada Aliff Syukri itu.
Allahyarham meninggal dunia pada 26 Februari lalu, perkara itu telah diumumkan oleh setiausaha kepada Aliff menerusi akaun rasmi Instagramnya (@aliffsyukriterlajaklaris).