Laman Utama
“Jenuh Dengar Orang Mengata, Tetapi Tidak Apa, Allah Ada Bersama Kita…” - Ramai Sebak Bila Baca Nukilan Hati Ibu Syifa Melvin…
Ibu kepada pempengaruh, Syifa Melvin iaitu Robiah Rahman memberikan satu nukilan memyentuh hati khas buat anak perempuannya itu.
Nukilan berbentuk luahan isi hati ibunya itu dikongsi Syifa dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Lebih istimewa lagi, nukilan itu diberikan ketika majlis perkahwinannya bersama pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid
Advertisement
“Nukilan @robiahrahman isi hati ibu untuk kad kahwin #Syifawi,” tulisnya ringkas.
Antara bait-bait menyentuh hati yang diluahkan ibunya adalah:
“Betapa seorang ibu ini telah jenuh menjadi saksi. Pada liku-liku cinta yang selalu diuji. Namun cinta kalian teguh berdiri. Kasih dan rindu masih berpaksi. Tanpa peduli segala caci.
“Jenuh harungi buih-buih derita. Jenuh dengar orang mengata. Tetapi tidak apa. Allah ada bersama kita. Yang tak tahu terus menghukum. Namun kita gagahi untuk terus tersenyum. Jenuh pekakkan telinga dari mendengar segala cerca…
“Kadang terfikir juga. Apakah kalian tiada hak untuk bahagia. Namun biarlah semua itu berlalu… Membawa pergi segala pilu. Usah dikenang yang telah berlaku.
“Ayah dan ibu serahkan kamu. Pada dia cinta sejatimu. Sulamlah cinta dan kasih mu tanpa jemu. Kerana di hadapan lebih banyak onak menunggu…
“Usah gentar dengan apa jua angkara. Sulamlah cinta menjadi gebar bahagia. Selimutkan mahligai cinta mu sampai hari tua… Kami iringi segalanya dengan doa. Paculah cinta dan kasih ini sampai ke syurga,”
Baca nukilan penuh ibu Syifa di bawah:
Terdahulu, Syifa dan Safawi selamat diijabkabulkan pada 28 Disember lalu dengan sekali lafaz di sebuah hotel terkemuka.
Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Must-Watch Video