,
Laman Utama

Jep Sudah Nampak Potensi Peserta? Jangan Lupa Saksikan Mencari Sepahtu Yang Hilang Bermula Malam Ini

Asraf Aided
02/12/2021
11:40 MYT
Peminat lawak dan kumpulan Sepahtu boleh menikmati rancangan hiburan terbaru, Mencari Sepahtu Yang Hilang bermula malam ini!
Diacarakan oleh Ramona Zam Zam dan Jiggy Masin, program ini akan menyaksikan 12 peserta yang terdiri daripada penyertaan solo, duo dan trio merebut gelaran juara.
Anggota Sepahtu sendiri, Jep, Rahim dan Pak Ya menggalas tanggungjawab sebagai juri untuk program yang akan bersiaran selama lapan minggu ini.
Antara yang menarik tentang program ini, Sepahtu akan memilih seorang pemenang daripada barisan finalis kelak dan mengumumkan individu tersebut sebagai anggota baru mereka bagi menyertai Sepahtu Reunion Live.
Menurut Jep, dia dan anggota lain sudah melihat potensi peserta yang boleh digilap dalam program berkenaan.
"Dari segi keyakinan, kami sudah melihat para peserta sejak dari mula, sekarang pun sudah nampak mereka yang mungkin sesuai dengan kita, cuma kita mahu mereka konsisten dan adakah mereka mahu bertahan setiap minggu.
"Untuk sejauh mana keyakinan, saya rasa ia bergantung kepada persembahan setiap minggu," katanya kepada Gempak.
Sementara bercakap mengenai keserasian dengan anggota baru, Rahim mengatakan pihak Sepahtu sudah membincangkan aspek membina karakter para peserta.
"Kehadiran mereka di dalam program ini telah pun kita bina dari awal, kita sudah sama sama dengan mereka sejak hari uji bakat.
"Kami sudah bincangkan untuk membina karakter mereka mengikut keserasian mereka, kita sendiri beritahu mereka dan apa yang perlu mereka lakukan.
"Meskipun usaha ini dilihat sukar tapi ia tidak mustahil, luar program pun kami bersama mereka, kita cuba dapatkan keserasian daripada situ. Insya-Allah saya yakin para peserta ada yang berpotensi untuk bersama dengan kami dalam Sepahtu Reunion Live," katanya.
Para peserta yang bakal berentap dalam Mencari Sepahtu Yang Hilang adalah Yusra (solo), Muslim (solo), Arteh, Joned, Spana dan Sebat (kesemuanya duo) serta Gahai, Pitu, Sepan, San, Siji dan Takal (peserta trio).
Juara akan membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM30,000 beserta trofi, manakala naib juara RM15,000 beserta trofi. Tempat ketiga pula bakal memenangi RM9,000, keempat sebanyak RM6,000 dan kelima dengan RM3,000, kesemuanya beserta trofi sumbangan Astro.
Jangan lupa saksikan Mencari Sepahtu Yang Hilang bermula hari ini jam 9 malam, secara langsung menerusi saluran komedi Astro Warna (107).
Untuk pilihan fleksibel, ia juga boleh distrim menerusi platform Astro Go dan On Demand.
Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

Menangi Tiket ke Sepahtu Reunion Live Tour Pentas Komedi Pertama di Singapura!

gempak
22/11/2024
08:05 MYT
Tak kan korang tak nak menang kan! Jom join sekarang!
Hiburan

Jom Geng Singapura, Bergelak Tawa Dengan Sepahtu Reunion Live 30 November Nanti! - "Ada Cameo Anna Jobling & Maria Farida"

gempak
21/11/2024
11:56 MYT
Setelah kejayaan luar biasa Sepahtu Reunion Live di Malaysia, penganjur utama Eventify Pte Ltd kini berbesar hati membawa gelombang komedi Malaysia ke Singapura!
Hiburan

Ray Sertai SINAR Untuk Segmen Pagi Di Sinar

gempak
19/08/2024
04:21 MYT
Penyampai Radio Ray masih meneruskan kerjayanya dalam industri penyiaran radio ke stesen Radio SINAR.
Hiburan

Kongsi Lirik Lagu ‘Makan Dalam', Entri Mamat Sepah Tuju Pada Siapa? - "Waktu Susah Kau Cari Aku, Waktu Senang ..."

gempak
06/08/2024
07:55 MYT
Pelawak terkenal iaitu Mamat Sepah mencuri perhatian apabila berkongsi lirik lagu ‘Hitam Manisan’ nyanyian asal kumpulan rock lagenda, Olan menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story).
Hiburan

Saling Beringat Tentang Kesihatan, Jep Titip Pesanan Buat Angah Raja Lawak - “Aku Harap Ini Satu ‘Wake Up Call’ Untuk…

gempak
31/07/2024
05:55 MYT
Keputusan pelawak Angah Raja Lawak berhenti menjadi penyampai radio SINAR membuatkan rakan-rakan sepasukannya tidak dapat menahan rasa sebak.
Unitar