Kamaruddin Razal
Fri Nov 22 2019
Jersi Harimau Malaya dan JDT bernombor 11 antara derma kurnia diterima Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri daripada Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi laman Twitter rasminya @drzul_albakri, Mufti Wilayah Persekutuan itu turut memuat naik gambar dan video menunjukkan beliau menerima jersi yang tertera namanya dan nombor 11, lapor Bernama.
Jersi nombor 11 pernah dipakai penyerang Harimau Malaya Safawi Rashid dan pernah disarung pemain JDT Gonzalo Cabrera.
"Sedang dalam rakaman program Coffee with Mufti di @TVAlhijrah114, wakil daripada Istana Negara tiba-tiba datang dan menyerahkan beberapa bungkusan barang.
"Menurut beliau, ini derma kurnia daripada KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong. Apa agaknya? Segan patik dengan kemurahan hati Tuanku," kata Zulkifli di laman Twitternya.
Zulkifli turut memuat naik video yang menunjukkan beliau menyarungkan jersi itu sambil menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah di atas derma kurnia itu.
"Junjung kasih kepada Tuanku Permaisuri dan Tuanku Agong atas anugerah yang bagi saya pemain nombor 11 atau ekor Malaya dan Alhamdulillah kami menjunjung kasih atas kurniaan di tempat yang mulia di TV Hijrah ketika rakaman Coffee with Mufti," katanya.
Kira-kira sebulan yang lalu tular di laman sosial apabila Zukifli memuat naik gambar di lamanTwitter mengenai sehelai jersi bola sepak Liverpool yang diterimanya daripada sepasang suami isteri yang membawa anak mereka untuk ditahnikkan oleh beliau.
Ciapan itu mendapat perhatian daripada Tunku Azizah yang membalas ciapan tersebut dengan janji untuk menghadiahkan jersi bola pasukan kegemaran Zulkifli.
Sumber: Bernama
Fazura & Fattah Enjoy Melatih Fatima Berlakon Pertama Kali | #SinggahSet
Cik Bam sempat menemubual Fazura tentangn perkembangan drama terbaharu mereka, #HeroSeorangCinderella2 di lokasi penggambaran. Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
Miliki Kereta Pertama, Ramai Puji Amir Jahari Tak Beli Jenama Mewah - “Sederhana Itu Nyaman”
Tahniah Amir.
Individu Hisap Rokok Dalam Premis Makanan Tunjuk Samseng Bila Ditegur - “Dah Lah Salah, Angkat Jari Bagai..”
Sepotong video merakamkan seorang individu dipercayai merokok dalam sebuah premis makanan berjaya menarik perhatian netizen.
Netizen Serkap Jarang Tuduh Peminat Nadhir Nasar Sebagai Terlalu Obses, Ini Respons Tuan Punya Badan
Mengakui ia bukanlah hal yang besar, Nadhir berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan video tersebut.
Ruhainies Kongsi Kisah Sebenar Video Di Lapangan Terbang - "Dunia Ni Dah Terlalu Tenat & Penuh Dengan Fitnah"
Ruhainies tampil memberi penjelasan mengenai cerita sebenar di sebalik video berkenaan.
Selepas Tular Video Minta Job, Datuk Red Kini Jadi ‘Model’ Baju Raya Jakel!
Usahawan kontroversi, Datuk Red berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila dipilih menjadi model baju raya bagi jenama tekstil popular, Jakel.
Ruhainies & Aliff Aziz Dirakam Berada Di Lapangan Terbang
Selepas beberapa ketika mendiamkan diri susulan kes tangkap khalwat, pelakon Ruhaines dilihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) bersama penyanyi dan dramatis Aliff Aziz.
“Bahagianya Dapat Jiran Macam Ni” - Penduduk Berbilang Kaum Turut Sama Join Vibe Raya, Siap Tolong Pasang Hiasan
Best dapat jiran sporting macam ni kan.
Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”
Abang Tesla nak bantu Datuk Red.
PM Anwar Beri Bayangan Tiada 'Cuti Tambahan' Sempena Sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan.