,
Berita

"Jika Berpeluang, Saya Teringin Untuk Sertai Big Stage" - Zaim Ajmal

Asraf Aided
05/03/2019
05:36 MYT
Penyanyi baru, Zaim Ajmal ingin menyertai program realiti Big Stage jika berpeluang dan layak untuk menyertainya.
Menurut Zaim, pertandingan realiti itu mampu mengajar banyak perkara kepada pendatang baru sepertinya.
"Saya akan tumpukan sepenuh perhatian dalam bidang nyanyian dan berusaha untuk memperbaiki diri.
"Bercakap mengenai program realiti, jika berpeluang, saya teringin untuk menyertai Big Stage.
"Banyak perkara yang boleh saya belajar untuk memperbaiki kekurangan saya dalam program tersebut, namun jika saya tidak layak, tidak mengapa, saya akan tetap berusaha," katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Zaim telah melancarkan single pertamanya yang berjudul Gadess.
Single tersebut ditulis olehnya sendiri dan ia diterbitkan oleh Taja dari kumpulan Meet Uncle Hussain.
Gadees telahpun boleh didengar menerusi semua platform digital bermula 1 Februari 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Saya Nak Kumpul Duit Untuk...” - Zaim Ajmal Nak Buat Apa Tu?

gempak
01/03/2019
00:30 MYT
Berita

Dikecam Guna Autotune, Zaim Ajmal Tetap Bersikap Positif

gempak
25/02/2019
23:30 MYT