Suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red secara rawak telah memuat naik kapsyen yang agak sayu di akaun Instagram miliknya.

Datuk Red menerusi entri tersebut berdoa agar isteri-isterinya dilindungi Allah jika ditakdirkan dia meninggal dunia terlebih dahulu.

“Ya Allah kau lindungi lah mereka sebagaimana mereka melindungi aku ya Allah. Jaga lah mereka semoga mereka terus istiqomah terhadap Mu ya Allah.

“Jika ditakdirkan aku pergi dulu menghadap Mu.pelihara la mereka supaya kami bertemu di syurga Mu ya Allah...,”tulisnya.

Menerusi kemas kini tersebut, Datuk Red turut memuat naik foto Adira dan isteri pertamanya, Sharifah Norshafila Hassim.

Rata-rata turut berharap apa yang didoakan oleh Datuk Red itu dimakbulkan.

Malah tak kurang juga yang memuji usahawan tersebut memiliki isteri-isteri yang cantik.

Adira merupakan isteri kedua Datuk Red dan pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Anggrek pada 10 Mac 2017 dan Asan pada 9 September 2018.

Ya Allah kau lindungi la mereka sebagaimana mereka melindungi aku ya Allah.jaga la mereka semoga mereka terus istiqomah terhadap mu ya Allah.jika di takdirkan aku pergi dulu mngadap Mu.pelihara la mereka supaya kami bertemu di syurga Mu ya Allah... #superwoman #kitabertemudisyurga

A post shared by Hamba Allah Dan Bakal Jenazah (@dato.red) on