,
Berita

Jika Teruja Tengok Filem Hollywood, Penonton Juga Berpeluang Kenali Lebih Dekat Teknologi Kecerdasan Buatan (AI)

Elrafaei Sapi
09/08/2018
15:15 MYT
Jika penonton teruja menonton filem Hollywood yang menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan atau AI sebagai plot penceritaan mahupun watak yang dilakonkan, penonton cilik juga boleh belajar program tersebut secara lebih dekat di sini.
Menariknya, di pusat pembelajaran kanak-kanak interaktif terkenal di ibu kota, KidZania ini menyediakan program bertemakan teknologi, KidZ & Tech 3.0 selama sebulan yang memberi peluang kepada kanak-kanak mengenali lebih dekat tentang kegunaan dan manfaat AI dan robotik serta fungsinya pada masa hadapan.
Sebelum ini, Google Malaysia memperkenalkan AI dengan cara yang menyeronokkan.
Kanak-kanak diberi peluang untuk bermain sambil belajar melalui Emoji Scavenger Hunt yang juga boleh disertai seluruh keluarga.
Adanya rangkaian neural eksperimen AI untuk megenal pasti objek sebenar, peserta akan diberi emoji di kaca telefon pintar dan perlu mencari emoji tersebut di persekitaran mereka.
Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Awam, Google Malaysia, Zeffri Yusof berkata, bidang Kecerdasan Pintar adalah salah satu fokus Google yang diperkasakan melalui pembelajaran mesin.
"Dalam erti kata lain, komputer diajar untuk mengenal pasti lebih banyak rekaan dan bukan hanya diprogramkan dengan tetapan tertentu.
"Google memanfaatkan pembelajaran mesin untuk tugasan seperti pemahaman bahasa, penterjemahan, pengecaman pertuturan, penglihatan komputer, skala kedudukan dan pengesyoran.
"Kami berharap kanak-kanak ini akan lebih berminat untuk mempelajari secara mendalam tentang dunia Kecerdasan Buatan," katanya.
Program KidZ & Tech 3.0 ini akan bermula dari 18 Ogos hingga 16 September ini.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: FB - KidZania Kuala Lumpur
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Oh! Rupanya Ini Makna Doodle Khas Merdeka Google…

gempak
01/09/2019
01:09 MYT
Hiburan

KRU Animation Studio Berkolaborasi Dengan KidZania, Beri Peluang Kanak-Kanak Beranimasi

gempak
14/06/2019
08:03 MYT
Unitar