Pesohor Johnny Depp membuat kemunculan epik dan mengejutkan penonton dalam acara MTV Video Music Awards yang berlangsung di Prudential Center di Newark, New Jersey pada hujung minggu lalu.
Penampilan Depp, 59, dalam acara tersebut adalah sebuah sejarah apabila menjadi kemunculan perdananya dalam televisyen selepas tahun 2017.
Ini juga penampilan pertama Depp selepas bergelut dengan kes fitnah yang dimenanginya ke atas mantan isterinya, Amber Heard, 36.
Depp malah menarik perhatian apabila muncul dalam sut ikonik Moonman yang menjadi simbolik kepada saluran muzik sambil terapung seperti berada di angkasa lepas di tengah pentas.
Meski hanya wajah Depp sahaja yang muncul secara superimposed, namun suara asli aktor itu bergema di seluruh lokasi acara.
“Saya hanya mahu memaklumkan bahawa saya lapang untuk hadir ke majlis ulang tahun, majlis kahwin atau apa sahaja kerja yang diperlukan.
“Dan anda tahu apa? Saya perlukan kerja,” ujarnya bercanda dan membuat acara tersebut riuh rendah.
Depp juga dilihat memuat naik potongan video dirinya dalam sut The Moonman dan menulis kapsyen kepada 27.5 juta pengikut di Instagramnya.
“Teka siapa dia #VMA?”tulisnya.
Terdahulu Depp memenangi kes fitnah terhadap mantan isterinya, Heard yang mendakwa telah dikasari dan didera emosi serta fizikal sepanjang perkahwinan mereka.
Heard bagaimanapun dilaporkan tidak mampu untuk membayar denda sebanyak USD 10 juta kepada Depp.
Kredit Foto: MTV & AP
Maliah Surip
Mon Aug 29 2022


#BIGSTAGE5: “Kami Suka Orang Tak Suka Apa Kami Pakai” - Dikatakan Seksi, Coex Tak Nak Hipokrit
Coex tak nak hipokrit, mahu jadi diri sendiri.

Sakit Mata, Puteri Sarah Tak Hadir Ke Mahkamah
Semoga Sarah cepat sembuh.

Siti Nurhaliza Komen Trend Artist Malaysia Nicest & Rudest: “Kalau For Fun Pun Tak Fun”
Trend nicest & rudest celebrities you've ever met viral baru-baru ini.

Isteri Pramugara MH370 Selar Lawak 'Bodoh' Jocelyn Chia! - "Tak Berhati Perut, Teruk, Tasteless!"
Tak jaga hati orang!

Isu Pelawak Singapura Jadikan Tragedi MH370 Sebagai Bahan Gelak, Farhan Shah Minta Maaf - “Dia Telah Melampaui Batas…”
Farhan Shah bersuara...

“Bukan Ismail Izzani” - Plot Twist! Rupanya Dakwaan Hamil Anak Artis Lelaki Tak Benar, Wanita Mohon Maaf Akaun Akan Dipadamkan
Tiba-tiba akaun tu kata semua tak benar.

Jadi Pilihan Untuk Konsert David Foster & Friends, Impian Datuk Sri Siti Nurhaliza Jadi Kenyataan
Konsert David Foster & Friends dijadual berlangsung 7 Ogos di Mega Star Arena

Peraduan Gempak Most Wanted
Menang tiket ke Showcase Jiwa Kacau? Jom sertai sekarang!

Janda Anak Dua Kahwin Dengan AI Ciptaannya, Suami Bekerja Dalam Bidang Perubatan
Macam-macam ek!

Gaji Tukang Paip Berlesen Di Singapura Cecah RM40,986 Sebulan
Sangat lumayan!