Laman Utama

Jom Layan Kecoh Raya Bersama Alvin Chong, Diana Danielle, Ara Johari & Ramai Lagi!

gempak
Asraf Aided
09/05/2021
08:45 MYT
Sponsor Banner
Jom Layan Kecoh Raya Bersama Alvin Chong, Diana Danielle, Ara Johari & Ramai Lagi!
TikTok, aplikasi utama untuk video mudah alih bentuk pendek mengumumkan pelancaran lagu Raya yang menarik dengan kerjasama Universal Music Malaysia dan Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd.
Dikenali sebagai Kecoh Raya, lagu penuh semangat itu disertai dengan cabaran hashtag baru (#KecohRayaTikTok) untuk mendorong rakyat Malaysia untuk menikmati lagu itu bersama-sama sempena musim perayaan ini.
Sebagai kali kedua meraikan majlis penuh kegembiraan dalam keadaan norma baharu, TikTok Kecoh Raya adalah usaha jenama untuk membawakan kembali kenangan manis semangat Raya yang penuh keriuhan di TikTok.
Dengan sekumpulan artis tempatan yang menyuntik kekuatan, Kecoh Raya adalah lagu penuh berbentuk perayaan yang akan dilancarkan di semua peranti penstriminan digital pada 7 Mei 2021.
"Pengalaman Hari Raya, bersama dengan musim perayaan utama lain di negara ini telah berkembang secara digital sepanjang tahun lalu dan media sosial telah membantu memastikan rakan dan keluarga tetap terhubung untuk perayaan digital.
"Selain menghubungkan orang untuk pengalaman interaktif, TikTok telah memainkan peranan penting dalam memastikan ramai tetap terhibur dan terdidik.
"Untuk terus memanfaatkan potensi dan kekuatan platform TikTok, kami dengan senang hati bekerjasama dengan Universal Music Malaysia dan RocketFuel Entertainment Sdn Bhd sempena Raya 2021 untuk #KecohRayaTikTok,” kata Pengurus Pemasaran Kanan Wilayah SEA, TikTok, Loh Kai Zhi.
Kecoh Raya TikTok menampilkan Alvin Chong, Diana Danielle dan Kowachee dari Universal Music Malaysia, USOP dan Ara Johari dari Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd, Daniel dan Zahier dari ERA dan Izzryn dari TikTok.
Kesemua artis dapat dilihat memberikan sepenuh jiwa raga dalam video muzik yang kini boleh didapati di laman YouTube TikTok dan Universal Music Malaysia. Lagu ini juga akan dimainkan di stesen radio ERA, jadi ada peluang untuk anda dapat mendengar lagu ceria ini sewaktu dalam perjalanan anda untuk bekerja!
Kecoh Raya sangat sesuai untuk TikTok kerana ia adalah lagu penuh semangat dan sangat menarik. Sebilangan besar lagu Raya yang pernah kita dengar lebih melankolik, orang bercerita tentang bagaimana mereka tidak dapat bersama ahli keluarga mereka untuk menyambut lebaran.
"Namun, Kecoh Raya menampilkan suasana Raya yang ceria, yang dapat menyuntik elemen positif serta kegembiraan kepada pendengar. Saya harap anda semua akan terhibur menikmatinya! ” kata Alvin Chong yang merupakan salah satu artis ditampilkan.
Sementara Usop menambah, proses penggambaran muzik video lagu ini amat menghiburkan dirinya.
"Ia membawa getaran berbeza yang jarang berlaku, dan saya perlu menari sewaktu penggambaran video muzik ini dilakukan. Ia menyeronokkan! Saya berasa bersyukur kerana berpeluang bekerja dengan artis-artis lain. Mereka hebat!" katanya.
Untuk menambahkan keseronokan, cabaran #KecohRayaTikTok, anjuran bersama Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia, mendorong semua orang untuk bersama-sama menyanyikan lagu ini di mana video Raya yang dihasilkan paling kreatif dan kecoh berpeluang memenangi iPhone 12 256GB dan baucer Raya bernilai RM500.
Banyak lagi hadiah boleh diraih termasuklah Apple Watch, Apple Airpods dan baucar Raya eksklusif. Kempen yang bertujuan menyatukan semua orang sekalipun berjauhan ini berlangsung dari 7 hingga 23 Mei 2021.
Apa tunggu lagi? Raya makin dekat, jom layan Kecoh Raya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live