Anda berpeluang untuk diketuai penari-penari hebat negara menerusi pertandingan street dance sensasi yang bakal dipaparkan dalam Battleground Malaysia: Road to Gold, siri realiti sebanyak enam episod yang diterbitkan oleh Astro.

Uji bakat untuk Battleground Malaysia: Road to Gold dengan post rutin tarian anda, sama ada solo atau berkumpulan menerusi TikTok/Instagram dengan hashtag #BTGMYaudition.

Khas buat anda, kini tarikh ujibakat telah pun di lanjutkan sehingga 5 Julai 2023 tau! Jangan tunggu last minute dan hantarkan penyertaan anda dengan memuat naikkan video uji bakat ke TikTok atau IG dengan menggunakan #BTGMYaudition ok!

Pertandingan Street Dance Terbesar Battleground Malaysia: Road to Gold

Penari yang disenarai pendek akan mara ke pusingan kedua menerusi uji bakat on-ground di pusat membeli-belah AEON Shah Alam pada 8 dan 9 Julai di mana 60 penari akan dipilih untuk bertanding dalam Battleground Malaysia: Road to Gold.

{^media|(width)300|(height)200|(ext).mp4|(url)https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/images/btgmy-online-audition_5-jul_tik-tok_bm.mp4|(loop)True^}

Bermula daripada peringkat ini, empat kapten tersohor akan mencari krew penari mereka masing-masing dengan menguji kebolehan individu menerusi pelbagai cabaran tarian. Hanya penari yang terhandal bakal mara ke peringkat pertandingan seterusnya.

Empat kapten tersohor ini terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan SEA sebanyak dua kali dalam breaking Lego Sam, wakil B-Boy Sukan SEA Mohammad Faridh “Khenobu” Mohd Yasin, Danny Lee dari kumpulan muzik dan tari 3P (Threee Production) serta penari dari kumpulan yang memenangi Astro Battleground 2010 dan 2011, Savoon (@savooneleven).

Peringkat akhir akan menyaksikan 3 krew penari bertanding untuk merangkul kejuaraan dan akan membuat persembahan di hadapan panel hakim antarabangsa.

Juara akan menerima wang tunai RM100,000 dan tempat kedua akan menerima RM30,000. Selain itu, penari-penari dalam kumpulan kedudukan pertama akan bertanding di antara satu sama lain.

Penari terbaik pertandingan akan menerima RM25,000.

Battleground Malaysia: Road to Gold

Maklumat lanjut, anda boleh rujuk di bawah atau layari, https://www.astro.com.my/btgmy

Battleground Malaysia: Road to Gold