JRM, sebuah syarikat kejuruteraan termaju di United Kingdom dengan sejarah kejayaan dalam sukan lumba motor, menggunakan kepakaran mereka untuk membina jentera lumba edisi khas.
Menariknya, model yang dibangunkan itu adalah unit kereta lumba Nissan GT-R GT1 dan dijadikan sah untuk kegunaan di jalan raya. Bagaimanapun, mereka akan bina hanya 23 unit. Setiap satu cuma berharga £380,000 dan penghantaran akan bermula pada 2020.

JRM membuat modifikasi pada GT-R GT1 untuk mencipta GT23. Jurutera syarikat itu memperbaharui bahagian hadapan supercar itu termasuk memindahkan kedudukan enjin dan transmisi. Susun atur suspensi juga berbeza berbanding GT1 biasa.
Model itu masih menggunakan enjin Nissan VR38DETT V6 dengan kotak gear enam kelajuan manual sekali gus boleh menjana 650hp. Berbeza dengan GT-R lain, model ini menggunakan pacuan roda belakang.
JRM memasang hud baharu pada GT23 dengan dua bolong kemasukan angin diatasnya. Dapra juga diperbaharui dengan pemasangan jeriji di belakang roda hadapan. Ruangan belakang tidak banyak berubah kecuali sistem ekzos pada bahagian tengah.

Kereta lumba sah jalanan ini cuma seberat 1,275 kilogram hasil penggunaan komponen material ringan. Ruangan dalam kabin mirip sebuah jentera lumba. Begitu juga kerusi pemandunya, stereng roda pula dilengkapi skrin paparan pelbagai maklumat dalam bentuk digital.
JRM sedang mengambil tempahan untuk GT23 dari seluruh dunia dan jika anda di Malaysia mahu membuat pesanan, ini adalah masanya.