Baru-baru ini, kecoh di laman sosial mengenai dakwaan beberapa individu yang mengaku menjadi mangsa penipuan penjualan beg tangan preloved oleh usahawan kosmetik kontroversi, Safiey Ilias.



Menerusi kemaskini yang dibuat oleh mangsa pertama, difahamkan yang mangsa ditipu sehingga RM4,500. Ujar mangsa, beg yang diterima selepas membuat pembayaran merupakan beg palsu dan bukanlah yang asli seperti diharapkan.

Mangsa kedua pula memuat naik status di Facebook dan memberitahu yang ramai yang telah tertipu dan menjadi mangsa terhadap pembohongan Safiey.



“Kalau aku dengan dia je ada masalah, mungkin ada betulnya di pihak dia. Tapi kalau dah berpuluh orang ada masalah dengan dia, confirm dialah punca. Korang nak percaya dia silakan… aku tak boleh paksa orang untuk benci dia. Cuma aku akan perjuangkan supaya tak ada lagi mangsa penipuan berterusan,” tulis mangsa berkenaan.

Dalam perkembangan lain, mangsa kedua turut memberitahu yang Safiey tidak memberikan sebarang respons terhadap rungutan orang ramai dan bercadang untuk menuntut ganti rugi terhadap figura berkenaan.

“Saya diam asalnya sebab beliau up posting suruh beri peluang and ruang, ingatkan nak berubah rupanya bagi ruang and peluang untuk cari lebih ramai mangsa. Tapi kali ni modus operandi cukup berbeza, jual barang preloved, tapi bila sampai copy ori. Ada yang langsung tak terima barang.

“So, kalau beliau tidak jelaskan semua hutang beliau dalam tempoh 3 hari dari tarikh posting ini kami akan membuat tuntutan keseluruhan sebanyak RM100,000. Tolong jangan jadikan kami mangsa dan aniaya kami untuk tujuan viral anda. Segala bentuk bukti transaksi, perbualan, voice note, report polis akan dijadikan bahan bukti tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Difahamkan, menerusi kemas kini status Facebooknya, Safiey berbuat demikian bertujuan marketing dan menjual kembali produk kecantikannya. Menerusi tinjauan Gempak, Facebook Safiey Illias masih terbuka, tetapi status berkenaan telah dipadam.

Dalam perkembangan lain, drama yang mirip kepada situasi di atas Scammer 2 telah mula menemui penonton.
Scammers 2 mengisahkan Taqriz (lBeto Kusyairy) mahu menuntut bela atas kematian ayahnya, Cikgu Shah, yang menjadi mangsa fitnah dalam sebuah penjualan tanah di kampung.

Arwah Cikgu Shah dituduh menipu orang kampung dan mengaut semua duit jualan tanah. Rudi (Zahiril Adzim), kawan sekampung Taqriz tawarkan diri untuk membantunya tetapi Taqriz pula tidak percayakan sesiapa.

Sasaran Taqriz ialah Muna (Iman Corinne) pemilik syarikat hartanah dan Hanif (Azwan Ali), peguam yang dipercayai telah menipu pemilik tanah dan jadikan arwah ayah Taqriz, sebagai kambing hitam.

Siapakah yang bakal menjadi mangsa scammer kali ini? Siapa pula yang menunggang agama?

Saksikan drama bersiri Scammer 2 bermula 18 April pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria.