Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menerima pujian netizen apabila dirinya menjual durian dengan harga hanya RM8 sekilogram.

Perkara itu dikongsikan oleh akaun yang popular dengan konten makanan @klfoodie di Instagram, di mana ia menyatakan usahawan berusia 37 tahun itu mengadakan jualan durian pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sehingga pukul 12 tengah hari di kawasan pejabatnya.

A post shared by KL Foodie (@kl.foodie)


Bukan itu sahaja, difahamkan durian premium seperti Musang King juga boleh didapati dengan hanya RM28 sekilogram.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap usahawan tersebut yang disifatkan sebagai pemurah walaupun sering kali terpalit dengan kontroversi.

Antara komen yang diterima:

“Bagusnya Aliff ni dia banyak memberi kepada masyarakat, walaupun perangai pelik demi marketing,”


“Aliff ni perangai walau kadang-kadang mak dia sendiri tak boleh faham dengan dia, tapi dia ada berjasa bersedekah,”

“MasyaAllah bagus, tak silap saya Datuk jual durian dari kebun sendiri.”

Sekadar info, setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu meraih lebih 10,000 tanda suka di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Ada Monyet, Tak Ada Kera Macam Kami Ni Tak Ceria Malaysia” - Aliff Syukri

​ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Berkolaborasi Dengan Ruhainies, Aliff Syukri: “Dah Bayar Berpuluh Ribu Aku Nak Simpan Je Ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Blacklist Nama Ruhainies, A Aida Masih Jaga Ukhuwah Sebagai Kawan - "Bila Jumpa Boleh Salam, Peluk, Cium"

​ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Suka Belanja Orang Makan

ARTIKEL BERKAITAN: Bagasi Tak Lepas Kaunter Check-In, Aliff Syukri Rugi Ribuan Ringgit Disebabkan Urusan Bisnes Luar Negara Tergendala

​ARTIKEL BERKAITAN: Saran Angkat Call Boss Luar Waktu Kerja, Ramai Tak Setuju Dengan Aliff Syukri - “Kena Ingat, Pekerja Pun Nak Juga Waktu Rehat”