Skip to main content

Viral

Jual Inai Instant Harga Rahmah, Che Ta Nak Bantu 100,000 Wanita Raya Nanti! - "Asalnya Nak Jual ..."

sekadar-gambar-hiasan-2023-03-04t123408-023.png

Sejak dilancarkan Jun tahun lalu, inai ‘instant’ atau segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) diusahakan Anas Zahrin dan Rozita Che Wan terus mencuri perhatian.

Malah pelbagai usaha dan rangkaian jenis inai sudah dilancarkan dalam tempoh berkenaan hingga menambat hati ramai dan berjaya menjadi jenama inai nombor satu di Malaysia, Singapura dan Brunei.



Malah lebih membanggakan jenama berkenaan turut diiktiraf menjadi inai pertama dengan konsep telap air dan sah solat penggunaannya secara klinikal di atas kuku manusia.

Terbaharu, dilancarkan pula Set Kuku Letups Che Ta dengan harga ‘Rahmah’ berharga RM25 pada 3 Mac lalu dalam satu  majlis glamor bertemakan Timur Tengah di Glam Hall, Damansara dengan sentuhan dekorasi, Mahligai Creative.

Menurut Rozita atau Che Ta selaku pengasas bersama dan duta 'kecil' jenama inai berkenaan, set ditampilkan akan diedarkan secara rasmi kepada seluruh ejen berdaftar satu Malaysia mulai 6 Mac ini.

“Kalau sebelum ini kerajaan perkenalkan Menu Rahmah dengan harga murah, kenapa tidak inai ini juga dihadirkan dengan konsep sama. Malah sejak diusulkan Anas sendiri, saya tak fikir panjang untuk meluluskan keinginannya.

“Harga jualan untuk set ini awalnya dicadangkan pada harga RM60, tapi selepas ditimbang tara kita memutuskan ‘harga rahmah’ berkenaan.

“Saya optimis set ini bakal menjadi kegilaan ramai wanita menjelang hari raya Aidilfitri kelak. Pendek kata ia berkualiti, sah solat, telap air dan tentunya mampu dimiliki semua golongan,” kata Che Ta.
 

 

Must-Watch Video

Advertisement