,
Laman Utama

Jual Kerepek Sampai Terlelap, Netizen Sebak Lihat Ketekunan Seorang Kanak-Kanak Berjualan Demi Mencari Rezeki

Izwan Isa
27/04/2022
23:50 MYT
Pilu hati melihat rakaman pengguna TikTok yang memperlihatkan seorang kanak-kanak lelaki yang tertidur ketika berjualan kerepek di kawasan luar sebuah kafe popular di Limbongan, Melaka.
Menerusi rakaman tersebut, peniaga cilik itu dilihat menongkat dagunya dengan bakul berisi kerepek sambil duduk di tepi longkang kecil menghadap barisan kereta yang sibuk beratur memesan minuman secara pandu lalu.
Dalam rakaman yang sama, kelihatan seorang individu yang turun daripada kereta dan menghulurkan sejumlah wang kepada kanak-kanak itu sambil mengejutkan dari tidur.
@danielalii
semoga Allah sentiasa lindungi ko dik??☺️♬ Aku Bidadari Syurgamu - AmirullahMz Meninjau di ruangan komen, ramai yang melahirkan rasa sedih dan syahdu memandangkan kanak-kanak yang seusia itu terpaksa melawan norma realiti dan terpaksa berjualan mungkin untuk membantu menambah pendapatan keluarga.
“Seusia yang sepatutnya dia tak perlu fikir masalah hidup tapi keadaan memaksa untuk adik ni matang awal dari yang sepatutnya.”
“Sedangkan budak-budak lain seronok main game atas katil dalam aircond, dia pulak penat cari rezeki. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan dia.”
“Aku pernah jumpa dia kat situ waktu malam, dia baik weh peramah. Pernah hulur kat dia sikit. Tapi dia punya berdoa kat kita tu kita yang sebak.”
Dalam perkembangan terkini, pemilik akaun TikTok berkenaan berjaya mengumpulkan sedikit bantuan daripada netizen berjumlah RM1,055.
“Assalammualaikum, saya tutup dulu ya untuk sumbangan Adik Kerepek. Ini jumlah terkumpul dari kalian yang menyumbang. Semoga dimurahkan rezeki selalu. Doakan saya semoga dipermudahkan untuk mencari adik tu,” tulisnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Berita

Visa Keluarga Mangsa Tanah Jerlus Dilanjut Sebulan

gempak
26/08/2024
10:25 MYT
Ahli keluarga mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, menerima lanjutan visa Pas Lawatan Sosial (PLS), bermula Isnin.
Berita

Malaysia Pertimbang Tambah Bantuan Rawat Rakyat Palestin - PM Anwar

gempak
25/08/2024
11:55 MYT
Malaysia akan mempertimbangkan untuk menambah bantuan membantu merawat rakyat Palestin yang cedera, sekiranya terdapat keperluan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hiburan

Amir Jahari Anggap Media Sosial Punca Banyak Kes Masalah Kesihatan Mental Libatkan Orang Muda - “Jika Rasa Pelik Dengan Diri Sendiri, Tolong Cari Bantuan”

gempak
22/08/2024
01:55 MYT
Penyanyi Amir Jahari menyifatkan media sosial adalah platform yang menjadi punca sesetengah individu mengalami masalah kesihatan mental sehingga berdepan tekanan perasaan.
Viral

Sayu Hati Lihat Pasangan Warga Emas Lepas Lelah Penat - "Seolah Sedang Kelaparan, Duduk Menanti Ihsan

gempak
19/08/2024
11:55 MYT
Raut wajah lesu sepasang suami isteri warga emas yang keletihan singgah berhenti rehat di kaki lima menyentuh hati warganet.