Skip to main content

Berita Tempatan

Jualan PROTON meningkat dua kali ganda, Saga dapat lebih 35,000 tempahan dalam empat bulan

jualan-proton-naik-2-kali-ganda-drebar-mi.jpg
Advertisement
Jualan PROTON terus mencatatkan prestasi kukuh November lalu di mana jualan pada bulan itu dari tahun ke tahun meningkat 100 peratus melalui jualan sebanyak 9,643 unit (eksport + domestik).

Jumlah kumulatif untuk tahun ini adalah sebanyak 89,476 unit, menunjukkan pertumbuhan 50.1 peratus untuk jumlah dari tahun ke tahun.

Pegangan pasaran juga meningkat dan dianggarkan kini berada pada 16.2 peratus bagi keseluruhan tahun 2019.

Pada masa sama, Proton Saga memecahkan rekod jualan sebanyak 4,000 unit untuk tiga bulan berturut-turut dengan sebanyak 4,091 unit kereta sudah diserahkan kepada pelanggan pada November.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, Saga adalah kejayaan besar untuk PROTON sejak ia dilancarkan pada bulan Ogos.

“Dalam tempoh hanya empat bulan, kami mendapat lebih daripada 35,000 tempahan dan pada ketika ini, setiap unit yang berada di kilang sudah ada pemiliknya.

“Oleh itu, ini adalah cabaran untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran Saga dan kami juga sudah mengadakan perbincangan rapi bersama pembekal dalam usaha untuk meningkatkan lagi volum pada tahun hadapan," katanya.

Rekod itu membolehkan model terbaharu PROTON kembali ke tangga teratas jualan dalam barisan model sedan segmen A dan dengan sebanyak 34,422 unit kereta yang terjual setakat ini, pertumbuhan volumnya kini berada pada 32 peratus adalah yang terbaik berbanding mana-mana model dalam segmen A, setakat ini.

 

Must Watch Video

Advertisement